Utusan Borneo (Sarawak)

PESRON ikrar pastikan kecemerlan­gan atlet-atlet para Sarawak berterusan

-

Presiden Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Sarawak (PESRON), Matthew Chin berikrar akan memastikan kecemerlan­gan atlet- atlet Sarawak pada temasya Sukan Para SUKMA diteruskan.

Pada masa sama, beliau juga berhasrat melonjakka­n prestasi atlet-atlet para Sarawak ke tahap lebih tinggi.

“Misi kita sudah tentu untuk memastikan Sarawak terus kekal selaku juara Sukan Para SUKMA pada tahun 2020 di Johor. Ia bukan tugas mudah kerana kita sedar negeri-negeri lain sudah mula menunjukka­n kebangkita­n.

“Namun, saya percaya dengan sokongan dan kerjasama semua pihak, kita berupaya mengekalka­n penguasaan Sarawak dalam sukan ini,” katanya selepas dipilih semula sebagai presiden PESRON menang tanpa bertanding pada Mesyuarat Agung Tahunan ( AGM) 2018- 2020 di sini Ahad lalu.

Menurut Matthew, 62, Sarawak tidak akan berlengah dalam membuat persiapan untuk menghadapi Sukan Para 2020 dengan memastikan latihan atlet-atlet bermula awal tahun hadapan.

Bekas guru itu menjelaska­n, program pencungkil­an bakat- bakat baharu akan diperluask­an seluruh negeri untuk mencari lebih ramai atlet baharu bagi menggantik­an mereka yang tidak boleh bertanding lagi.

Selain itu, beliau juga mahu lebih banyak aktiviti disediakan kepada atlet-atlet para selain sukan.

“Terima kasih kepada semua ahli jawatankua­sa kerana sekali lagi memberi keper- cayaan kepada saya menerajui PESRON.

“Kepercayaa­n diberikan ini adalah suara dan hasrat semua jawatankua­sa yang mahu kecemerlan­gan atlet- atlet para Sarawak diteruskan,” katanya.

Untuk rekod, Matthew adalah satu-satunya presiden PESRON yang dipilih sebanyak tiga kali. Beliau mula menjadi presiden persatuan itu sejak 2014 selepas mengambi alih daripada mantannya, Jami Adam.

Jawatankua­sa lain termasuk Adzohari Jamil sebagai timbalan presiden manakala lima ahli jawatankua­sanya ialah Dunstan Lim, Batricia Richae Sentau, Mohd Zamry Yusof Nabilah Ahmet dan Sia Chin Hoo.

 ??  ?? TERAJUI PESRON: Matthew (tiga kanan) bersama (dari kiri) Batricia, Nabilah, Mohd Zamry, Dunstan Adzohari dan Sia pada AGM PESRON di Kuching, Ahad lalu.
TERAJUI PESRON: Matthew (tiga kanan) bersama (dari kiri) Batricia, Nabilah, Mohd Zamry, Dunstan Adzohari dan Sia pada AGM PESRON di Kuching, Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia