Utusan Borneo (Sarawak)

Azizul dipilih sebagai Presiden Persatuan Taekwondo Malaysia

-

Presiden Persatuan Taewkondo Negeri Sarawak (PTNS), Azizul Annuar Adenan menjadi warga Sarawak pertama menyandang jawatan Presiden Persatuan Taekwondo Malaysia (WTF).

Anak bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem itu menggantik­an Senator Dato Sri SA Vigneswara­n yang mengambil keputusan tidak mempertaha­nkan jawatan itu pada Mesyuarat Agung Tahunan 2018-2020.

Azizul, 27, juga menjadi presiden termuda pernah memegang kerusi nombor satu itu.

Menurut beliau, sasarannya kini untuk mengembali­kan semula era kegemilang­an sukan taekwondo negara selain menaikkan taraf sukan itu di negara ini.

Beliau juga akui cabaran utama yang dihadapiny­a ialah mengembali­kan semula sukan itu dan persatuan dalam program teras negara.

“Saya juga berhasrat membawa semua persatuan taek- wondo negara bersama sebagai sebuah keluarga dan mewujudkan hubungan baik dengan Jabatan Pendidikan, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) agar persatuan kembali diberi penghormat­an seperti sebelumnya,” katanya.

Beliau juga berikrar untuk membawa idea baharu yang bernas dalam persatuan dengan memberi penambahba­ikan terhadap program, aktiviti dan pertanding­an anjuran persatuan.

Malah, Azizul menggesa semua persatuan taekwondo di negara ini bersatu untuk membawa sukan itu ke tahap lebih tinggi.

“Saya percaya Taekwondo Malaysia ( WTF) semakin kukuh dari segi pencapaian baik di peringkat kebangsaan atau antarabang­sa,” jelasnya.

Beliau juga mengucapka­n terima kasih kepada delegasi dan exco kerana memberi kepercayaa­n kepadanya untuk menerajui persatuan kebangsaan itu.

Azizul, pemegang tali pinggang hitam (Dan Ketiga) mula menyertai sukan itu sejak berusia enam tahun.

Katanya, taekwondo banyak mengajarny­a disiplin, hormat menghormat­i dan semangat berpasukan.

“Selepas bertahun- tahun saya menceburi sukan ini, kini tiba masanya saya harus menyumbang semula kepada masyarakat,” katanya.

 ??  ?? AZIZUL
AZIZUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia