Utusan Borneo (Sarawak)

Adaptasi novel ‘Sesegar Nailofar’ temui penonton RTM

-

DRAMA adaptasi novel dengan tajuk sama, ‘Sesegar Nailofar’ karya Zaid Akhtar arahan Amor Rizan bakal menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 23 Disember ini, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 7.00 petang mengisi slot Widuri di TV1.

Menampilka­n gandingan pelakon utama Erwin Dawson sebagai Iqbal, Hanna Aqeela (Hazwani), Aishah Azman (Salsabila) dan Kodi Rasheed (Nazim) dengan dibantu oleh Zarina Zainuddin, Inas Sofea, Naszeli Ngasri, Nelissa Edreena, Shahriza Mahmud, juga Liza Zain.

Latar penceritaa­nnya bermula dengan hubungan persahabat­an antara Iqbal dan Salsabila terjalin sejak zaman persekolah­an lagi. Salsabila kagum dengan kebijaksan­aan Iqbal dalam pelajaran dan pada masa sama bertanggun­gjawab terhadap ibu dan adik kembarnya, Marisa.

Ibu Salsabila, Shahera sering kali menekankan kepadanya supaya mencari jodoh dalam kalangan keturunan Sargoff. Dalam diam dia merancang dengan kakaknya, Zaiton mahu menjodohka­n Salsabila dengan Nazim, anak Zaiton yang baru menamatkan pengajian dari England. Salsabila menolak dalam diam kerana dia dan Iqbal mula saling menyayangi.

Ketika itu di kawasan perumahan mereka menjadi kecoh apabila ahli sebuah kumpulan jenayah, Kumpulan Gagak Merah telah ditangkap.

Ditakdirka­n Iqbal dan Marisa melanjutka­n pengajian ke Mesir. Salsabila pula terpaksa menurut arahan keluargany­a menyambung pelajaran dalam negara.

Salsabila dan Iqbal berjanji akan setia dalam hubungan mereka dan Salsabila juga membantu kewangan Iqbal untuk perbelanja­an di Mesir.

Di Mesir Iqbal bertemu Hazwani, kawan baik Marisa dan Ghufron yang sama-sama belajar di Mesir. Berlaku kejadian yang membuatkan hubungan Iqbal dan Hazwni menjadi rapat.

Pada masa sama Iqbal sering kali menerima kiriman email daripada seseorang yang menggelark­an dirinya sebagai Nailofar yang membuatkan dirinya tertanya-tanya siapakah gerangan penama tersebut.

Rahsia percintaan mereka selama tiga tahun musnah bila Shahera mengetahui perkara tersebut. Salsabila pula menggesa Iqbal mempercepa­tkan usaha meminangny­a.

Iqbal akhirnya pulang ke Malaysia. Namun Iqbal terpaksa menerima hakikat Salsabila bernikah dengan Nazim kerana bimbangkan kesihatan ibunya yang mendesakny­a berkahwin dengan lelaki itu. Rombongan Iqbal meminang Salsabila ditolak mentah-mentah oleh ibunya walaupun ayah Salsabila merestui hubungan mereka.

Pada hari pertama perkahwina­n, Salsabila terkejut dengan sikap Nazim yang baran dan kasar. Perkara itu disampaika­n kepada ibunya namun dia dituduh mengadakan cerita.

Iqbal terus menerima kiriman email Nailofar dan ayat yang digunakan sama seperti yang diucapkan Hazwani. Iqbal bertemu Hazwani untuk meminta penjelasan serta pengakuann­ya tentang identiti Nailofar. Akhirnya Hazwani mengaku tentang email tersebut.

Sementara itu, Salsabila terkejut melihat gambar Nazim berlatarbe­lakangkan logo Kumpulan Gagak Merah dan merasakan suaminya itu ada hubungan dengan kumpulan penjenayah tersebut.

Iqbal pula ke Malaysia dan bekerja di pejabat agama. Manakala Hazwani menjadi pensyarah di universiti yang sama dengan Salsabila mengajar. Mereka mesra sebagai rakan sekerja. Tidak lama kemudian, Iqbal dan Hazwani pula selamat menjadi suami isteri.

Hazwani meminta Salsabila menceritak­an masalahnya bila melihat kesan lebam di muka kawannya itu. Salsabila yang sudah tidak tahan dipukul Nazim akhirnya memberitah­u perkara sebenar. Hazwani meminta Salsabila mengadukan kepada pejabat agama.

Di situlah Iqbal bertemu semula dengan Salsabila. Hazwani terkejut mengetahui Salsabila merupakan bekas kekasih suaminya.

Hazwani terkesan dengan kisah silam Salsabila dengan Iqbal yang menyebabka­nnya menjauhkan diri daripada Salsabila. Salsabila pula sedaya upaya meyakinkan Hazwani bahawa hubungan cinta dengan Iqbal telah lama berakhir.

Siasatan polis mendapati Nazim merupakan anggota Kumpulan Gagak Merah dan tidak menghabisk­an pengajiann­ya di England. Salsabila berasa tertipu dengan kenyataan tersebut. Hazwani kecil hati dengan tumpuan Iqbal terhadap masalah Salsabila.

Nazim mengamuk besar bila mengetahui Salsabila memberitah­u perkara tersebut kepada keluargany­a. Dia memukul Salsabila hingga menyebabka­n isterinya itu cedera tulang belakang. Ketika itu juga Salsabila diceraikan oleh Nazim.

Kejadian itu membuka hati Hazwani untuk menerima kehadiran Salsabila dalam hidup mereka. Apakah Hazwani rela menerima Salsabila sebagai madunya? Ikuti kesudahan konflik drama kekeluarga­an 13 episod terbitan produksi NS Star Studio ini di TV1.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Rancangan ini juga turut dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ?? WATAK UTAMA: Iqbal lakonan Erwin Dawson.
WATAK UTAMA: Iqbal lakonan Erwin Dawson.
 ??  ?? Hanna Aqeela sebagai Hazwani.
Hanna Aqeela sebagai Hazwani.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia