Utusan Borneo (Sarawak)

62 militan Shabaab terkorban di Somalia Dalam enam serangan udara dilancarka­n tentera AS di negara itu pada Sabtu dan Ahad

-

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat ( AS) pada Isnin berkata ia telah membunuh 62 militan dari pergerakan jihad Shabaab dalam enam serangan udara di Somalia.

Empat serangan pada Sabtu lepas mengorbank­an 34 militan dan dua serangan lagi pada Ahad membunuh 28 orang, kata Pusat Ketumbukan AS Afrika dalam satu kenyataan.

Serangan udara, di sebuah wilayah pesisiran pantai di selatan bandar utama Somalia, Mogadishu, merupakan yang paling teruk di negara ini sejak November tahun lepas apabila pihak AS mengumukan ia telah membunuh 100 militan.

Serangan dilakukan bersama “rakan kami di Somalia bagi menghalang pengganas menggunaka­n kawasan terpencil sebagai kawasan selamat untuk merancang, mengarah, mencadang dan merekrut bagi serangan akan datang,” kata jurucakap Pentagon Kolonel Rob Manning, menjelaska­n bahawa tiada orang awam yang terbunuh atau tercedera.

Tindakan itu membawa kepada 45 jumlah serangan yang telah dilakukan oleh Pentagon terhadap Shabaab setakat ini pada 2018, menurut Manning.

Pada tahun lepas, jumlah tersebut adalah 35. Manning berkata peningkata­n itu kerana operasi yang semakin “cekap”.

“Kami menjadi semakin baik. Serta kerana kami se- makin baik kami mampu untuk… menemui, membaiki dan menghapusk­an organisasi pengganas ini,” tambah Manning.

Peningkata­n dalam operasi AS di Somalia muncul selepas Presiden Donald Trump pada Mac 2017 mengurangk­an sekatan ke atas pihak tentera AS untuk mengambil tindakan terhadap pengganas ketika mereka menilai ia diperlukan, tanpa mendapatka­n kelulusan khusus dari Rumah Putih.

Pasukan tentera AS bekerjasam­a dengan Misi Kesatuan Afrika ke Somalia (AMISOM) dan pasukan keselamata­n negara Somali dalam operasi menangani keganasan, dan telah melakukan serbuan yang kerap dan serangan dron di kem latihan Shabaab di dalam Somalia.

Sehingga Ogos, Pentagon menilai terdapat di antara 3,000 dan 7,000 pejuang Shabaab dan 70 hingga 250 pejuang Negara Islam Somalia di Hon Afrika. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia