Utusan Borneo (Sarawak)

PBB kutuk pencabulan hak asasi manusia di Korea Utara

-

PERTUBUHAN BANGSABANG­SA BERSATU (PBB): Perhimpuna­n Agung PBB pada Isnin meluluskan resolusi mengecam pencabulan hak asasi manusia yang “sistematik, meluas dan teruk” di Korea Utara.

Resolusi yang tidak mengikat, yang diluluskan sebulat suara tanpa undian, mengalu-alukan usaha diplomatik untuk menamatkan krisis di semenanjun­g Korea.

Namun ia menegaskan para anggotanya “berasa sangat bimbang dengan situasi hak asasi manusia yang teruk, budaya bebas dari hukuman yang meresap dan kekurangan akauntabil­iti bagi pencabulan hak asasi manusia di Republik Rakyat Demokratik Korea.”

Ia turut mengecam penggunaan seksaan termasuk “keadaan yang tidak berperikem­anusiaan di dalam tahanan, rogol, hukuman mati umum, hukuman tanpa perbicaraa­n dan penahanan secara salah” serta “kewujudan satu sistem yang meluas bagi kem penjara politik.”

Misi Pyongyang ke PBB telah menghentam kesanggupa­n AS untuk menganjurk­an satu mesyuarat Majlis Keselamata­n mengenai hak asasi manusia di Korea Utara.

Pada awal Disember, Washington tidak lagi meminta mesyuarat, yang diadakan pada setiap tahun sejak 2014, kerana ia tidak pasti mengenai sokongan yang ia akan perolehi daripada rakan lain.

Namun AS berharap untuk mengadakan mesyuarat pada Januari dengan ketibaan anggota majlis baharu bukan tetap yang lebih berkesangg­upan untuk melakukann­ya.

“Majlis Keselamata­n PBB sama ada merupakan sebuah tempat bagi perbincang­an mengenai isu hak asasi manusia atau sebuah platform di mana isu hak asasi manusia dipolitikk­an untuk mencetuska­n konfrontas­i,” kata misi Korea Utara ke PBB dalam satu kenyataan.

“Majlis Keselamata­n PBB tidak seharusnya disalahgun­akan sebagai satu platform sekali lagi di mana amalan arbitrari dan keterlalua­n AS akan terdedah, dan seharusnya patuh sepenuhnya terhadap misi dan tugasnya seperti yang termaktub dalam Piagam PBB,” tegasnya. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia