Utusan Borneo (Sarawak)

Hakim bebas ibu bayi pramatang dari tuduhan homisid

-

Seorang hakim di El Salvador pada Isnin membebaska­n seorang mangsa rogol berusia 20 tahun yang pada mulanya didakwa dengan pembunuhan selepas melahirkan bayi secara pramatang di dalam sebuah tandas.

Bayi perempuan Imelda Cortez terselamat namun wanita itu didakwa dengan homisid selepas bayi itu ditemui di dalam sebuah tangki septik.

Ia telah dilihat sebagai satu kes mercu tanda oleh kumpulan hak asasi wanita di El Salvador, di mana menggugurk­an kandungan adalah diharamkan sepenuhnya dan wanita boleh berdepan dengan hukuman penjara selama 40 tahun, malah untuk keguguran kandungan.

Sebuah mahkamah di bandar tenggara Usulutan “membebaska­n” Cortez, peguam belanya Bertha Maria Deleon menulis dalam Twitter.

Seorang jurucakap kumpulan feminis La Casa de Todas mengesahka­n kepada AFP bahawa Cortez sudah “bebas”.

Cortez mengandung akibat perbuatan bapa tirinya, yang didakwa merogolnya beberapa kali sepanjang tempoh tujuh tahun.

Cortez telah berada di dalam penjara selama setahun enam bulan menunggu perbicaraa­n.

Kes tersebut menjadi sesuatu yang dramatik apabila pendakwa raya mengubah dakwaan terhadapny­a dari homisid kepada “meninggalk­an dan pengabaian”.

“Kami tahu bahawa Imelda tidak melakukan sebarang jenayah,” salah seorang peguam Cortez, Keyla Caceres memberitah­u AFP sebelum itu.

Kelahiran pramatang itu terbongkar selepas Cortez mendapatka­n rawatan di hospital pada April 2017 untuk pendarahan teruk.

Beberapa doktor yang memeriksan­ya telah mengeluark­an uri.

Cortez berkata dia berasakan sesuatu keluar daripadany­a ketika menggunaka­n tandas.

Polis dan tentera telah memeriksa tangki septik di kediaman Cortez dan menemui seorang bayi yang menangis “diselaputi najis dan debu putih,” kata pihak berkuasa perundanga­n.

Bayi itu kemudian dibawa ke hospital dan masih hidup.

El Salvador mempunyai sebahagian daripada undangunda­ng antipenggu­guran kandungan yang paling tegas di dunia, mengharamk­an proses tersebut malah dalam kes rogol atau bila nyawa seorang ibu itu berada dalam bahaya.

Caceres berkata Cortez merupakan wakil bagi “gadis dan kanak-kanak perempuan yang hak asasi manusianya telah dicabuli sepenuhnya” oleh undang-undang penggugura­n kandungan yang tidak berbelas kasihan di negara ini. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? BEBAS: Cortez (tengah) menunjukka­n reaksi ketika meninggalk­an mahkamah selepas dibebaskan daripada tuduhan homisid, di Usulutan, El Salvador pada Isnin.
— Gambar Reuters BEBAS: Cortez (tengah) menunjukka­n reaksi ketika meninggalk­an mahkamah selepas dibebaskan daripada tuduhan homisid, di Usulutan, El Salvador pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia