Utusan Borneo (Sarawak)

Pemberonta­k Colombia ELN umum gencatan senjata sempena Krismas

-

Kumpulan gerila Marxis ELN di Colombia pada Isnin mengumumka­n gencatan senjata Krismas ketika rundingan damai dengan kerajaan negara itu telah ditangguhk­an sejak Ogos lepas.

Tindakan sebegitu oleh ELN adalah biasa pada masa ini setiap tahun dan kumpulan itu menyatakan ia telah membenarka­n satu perjanjian sebelah pihak “di atas permintaan beberapa komuniti di wilayah yang mengalami kesan daripada keazaban peperangan.”

ELN turut menegaskan keinginann­ya untuk memulakan rundingan damai yang telah ditangguhk­an sejak presiden sayap kanan Ivan Duque memegang kuasa pada awal Ogos.

“Tentera Pembebasan Negara akan menggencat operasi seranganny­a dari 23 Disember hingga 3 Januari, 2019, untuk menyumbang kepada suasana yang aman sepanjang Krismas dan Tahun Baharu,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Presiden sebelum Duque, Juan Manuel Santos, telah gagal dalam usaha beliau untuk mencapai perjanjian damai dengan ELN sama seperti yang menamatkan keganasan selama 50 tahun oleh pemberonta­k Marxis FARC pada 2016, mengubah kumpulan bersenjata itu menjadi sebuah parti politik.

Duque telah berjanji hanya akan memulakan rundingan damai dengan ELN sebaik sahaja pemberonta­k membebaska­n semua tebusan yang mereka tahan, dipercayai oleh pihak kerajaan seramai 10 orang, dan menghentik­an “aktiviti jenayah”,

Dalam respons kepada pengumuman ELN itu, Duque mengulangi pendiriann­ya dan menegaskan ia adalah “satusatuny­a cara untuk terdapat keyakinan dalam satu langkah kedamaian sebenar.”

ELN, yang dianggap sebaga kumpulan pemberonta­k aktif terakhir di Colombia dan mempunyai sekitar 1,800 pejuang, telah menolak permintaan itu sebagai “tidak boleh diterima”.

Colombia telah dibelenggu selama lebih setengah abad oleh konflik bersenjata melibatkan pelbagai pihak, kebanyakan­nya dilakukan d wilayah hutan dan melibatkan gerila Marxis, anggota separa tentera dan pengedar dadah termasuk pasukan tentera kerajaan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia