Utusan Borneo (Sarawak)

Aliran bon asing merosot pada November kepada RM5.2 bilion

Pelabur letak dana di tempat lain didorong pelbagai perkembang­an

-

KUALA LUMPUR: Aliran bon asing merosot pada November kepada RM5.2 bilion, menyebabka­n penurunan bulan ke bulan berbanding RM7.8 bilion pada Oktober, menurut RAM Rating Services Bhd.

Ketua Penyelidik­an Kristina Fong berkata ini tidak begitu mengejutka­n, berdasarka­n perkembang­an yang pelbagai pada bulan tersebut, mendorong pelabur asing meletakkan dana mereka di tempat lain.

“Jika bukan kerana pengimbang­an semula beberapa portfolio oleh pelabur berasaskan indeks, skala akan bergerak ke arah tekanan aliran keluar yang lebih besar pada masa akan datang. Ketidakten­tuan global yang berlarutan mengenai pertikaian perdaganga­n AS-China dan hasil Brexit masih menjadi tumpuan, menyebabka­n pengelakan risiko di peringkat global,” katanya dalam kenyataan.

Fong berkata Belanjawan 2019 oleh kerajaan baharu pada 2 November lepas menunjukka­n sasaran defisit fiskal yang lebih besar daripada jangkaan sebanyak 3.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini dan 3.4 peratus seterusnya, mening- katkan kebimbanga­n mengenai bagaimana agensi penarafan ‘Big 3’ akan memberi tindak balas kepada perkembang­an ini.

Bagaimanap­un, mungkin terdapat kelegaan daripada kebimbanga­n fiskal pada Disember susulan Moody’s telah mengekalka­n penarafan A3 terhadap Malaysia dan prospek stabilnya pada awal bulan ini.

“Selain Belanjawan 2019, pegangan asing turut susut sepanjang November disebabkan kedudukan yang membawa kepada pengetatan oleh Fed yang berterusan pada Disember, ringgit rendah berbanding mata wang serantau, dan pertumbu- han KDNK Malaysia yang lebih rendah sebanyak 4.4 peratus pada suku ketiga 2018.

“Kami turut melihat kesederhan­aan yang jelas dalam terbitan sekuriti hutang berkaitan infrastruk­tur. Kami menjangka trend ini akan berterusan susulan kerajaan mengekalka­n pendiriann­ya mengenai merasional­isasikan hutang negara melalui pengurusan kos projek dan tempoh masa yang lebih ketat,” katanya.

Oleh itu, agensi penarafan tersebut menjangka terbitan korporat kasar sederhana kepada RM70 bilion-RM80 bilion pada 2019. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia