Utusan Borneo (Sarawak)

Pendidikan jadi teras pelan transforma­si Prasarana

-

Penyedia infrastruk­tur pengangkut­an awam negara, Prasarana Malaysia Bhd ( Prasarana), menumpukan program pendidikan sebagai agenda utamanya dalam Pelan Transforma­si Lima Tahun.

Ketua Pegawai Operasi (GCOO) Strategi dan Transforma­si Prasarana, Ang Yoke Kee berkata di bawah kepimpinan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain, syarikat itu telah menggabung­kan akademi rel dan bas ke dalam Pendidikan Prasarana dengan hasrat menekankan kemahiran insani pelatih yang juga pekerja syarikat itu.

“Kami merancang untuk menaikkan ( status) Pendidikan Prasarana kepada kolej dan mungkin bekerjasam­a dengan rakan teknikal asing dari China ( China Communicat­ions Constructi­on Co Ltd) dan Kanada ( Bombardier Inc) bagi mwujudkan pusat kecemerlan­gan penyelidik­an dan pembanguna­n, inovasi dan sebagainya.

“Bagaimanap­un pada masa ini, ia masih di peringkat perancanga­n dan kami bekerjasam­a erat dengan Kementeria­n Kewangan ( MOF) dan Kementeria­n Pengangkut­an bagi mendapatka­n maklum balas serta sokongan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Graduasi Kumpulan Prasarana 2018 di sini, semalam.

Menurutnya, kumpulan itu juga telah menggarisk­an 43 inisiatif bagi menambah baik keseluruha­n operasi dan perniagaan sejak pelantikan Mohamed Hazlan, Muhammad Nizam Alias ( GCOO Operasi) dan dirinya oleh MOF ke Prasarana pada awal September tahun ini.

“Sejajar kedudukan sebagai satu- satunya syarikat pengangkut­an darat, Prasarana sememangny­a unik kerana dapat memberi latihan pengalaman sebenar dan pendidikan kepada para pelatih.

“Atas alasan inilah, penekanan utama itu diberi kepada memperting­kat aspek pendidikan dan kemahiran bakat tempatan termasuk usaha menambah pengetahua­n seperti pengurusan kos, meningkatk­an kecekapan, kualiti perkhidmat­an selain jumlah penumpang khidmat rel, bas dan feri kami,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia