Utusan Borneo (Sarawak)

FELDA kenal pasti 31 inisiatif strategik untuk pelan transforma­si

-

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) yang sedang melaksana satu pelan transforma­si, telah mengenal past 31 inisiatif strategik yang akan dijalankan dalam tiga fasa.

Menurutnya, setiap fasa akan mengambil masa lapan bulan. Fasa pertama adalah untuk mewujudkan momentum dan mencapai penyelesai­an isu utama dengan segera.

Fasa kedua pula melibatkan lebih banyak inisiatif dalam kategori fokus strategik bag menyasarka­n percambaha­n pertumbuha­n.

Manakala fasa ketiga akan memberi tumpuan kepada penyampaia­n dan pembinaan keupayaan dalaman FELDA yang lestari melibatkan penambahba­ikan proses struktur dan budaya kerja.

“Segala usaha akan dibuat supaya fasa-fasa ini boleh berjalan serentak untuk mempercepa­t proses pemulihan,” kata FELDA dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Agensi kerajaan itu berkata antara inisiatif yang sedang dilaksana ialah meningkatk­an mutu perkhidmat­an pengurusan hutang peneroka bag menangani pelbagai isu yang ditimbulka­n supaya sistem pengurusan hutang yang lebih telus dan baik dapat dilaksanak­an.

Menurutnya, inisiatif lain pula ialah penyelesai­an masalah pewarisan tanah peneroka kerana 30 peratus daripada 112,635 keluarga peneroka berhadapan masalah pewarisan.

Manakala 58 peratus lag akan berdepan isu ini berdasarka­n fator usia peneroka yang semakin meningkat.

“Penyelesai­an jangka panjang perlu dicapai segera bag memastikan kesinambun­gan pemilikan dan kesejahter­aan komuniti peneroka keseluruha­nnya,” katanya.

Selain itu, inisiatif lain turut melibatkan penyususan semula Kumpulan FELDA untuk jangka panjang.

Sebahagian daripada inisiatif ini akan dimuktamad­kan selepas perbincang­an dengan kerajaan mengenai pilihan terbaik untuk agensi itu bergerak ke hadapan.

FELDA berkata, semua 31 inisiatif strategik ini selari dengan hasrat strategik FELDA yang telah diluluskan lembaga untuk menjadi pengurus perladanga­n terulung negara mencapai kemampanan kewangan, memupuk pemimpin berbakat dan mencapai kesejahter­aan komuniti lestari.

Dengan tercapainy­a hasrat strategik yang digariskan akan berkesanla­h visi FELDA iaitu menjadi pemacu pembanguna­n penempatan negara yang progresif, tambahnya.

Menurutnya, lembaga juga telah meluluskan belanjawan FELDA untuk 2019 yang berkuranga­n 23 peratus berbanding 2018. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia