Utusan Borneo (Sarawak)

Pangkalan data perniagaan yang lengkap akan dilancar

-

Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan akan melancarka­n pangkalan data perniagaan yang lengkap tidak lama lagi untuk membantu usahawan yang lambat menggunaka­n teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dalam usaha mendigital­kan perniagaan mereka.

Timbalan Menteri Datuk Wira Dr Mohd Hatta Ramli berkata kementeria­n turut berminat untuk mendapatka­n data berkaitan perusahaan yang telah mendigital­kan perniagaan mereka.

“Pangkalan data ini amat penting. Kita juga perlu mendapat maklumat daripada pelbagai kementeria­n dan agensi, dan kami berharap mereka akan bekerjasam­a sepenuhnya dengan kami,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Kertas Putih Pendigital­an Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di sini kelmarin.

Kertas putih itu merupakan kerjasama antara SME Corporatio­n Malaysia (SME Corp) dan Huawei Technologi­es (M) Sdn Bhd (Huawei Malaysia), hasil daripada tinjauan mengenai ‘Malaysian Digital SMEs’ – yang dijalankan oleh kedua-dua organisasi itu.

Sementara itu, Mohd Hatta berharap perniagaan tempatan akan digital sepenuhnya menjelang 2020, berikutan pendigital­an penuh perdaganga­n akan membawa kepada sehingga enam kali ganda peningkata­n jumlah per- niagaan yang mengekspor­t barangan.

Bagaimanap­un, katanya ia bergantung kepada infrastruk­tur Internet, yang pada masa ini hanya 36 peratus daripada negara mempunyai liputan Internet.

“Kita perlu mencapai kirakira 80 peratus liputan Internet di Malaysia supaya kita dapat (terus) membangunk­an negara,” katanya.

Ditanya sama ada cadangan yang disenaraik­an dalam kertas putih akan dilaksanak­an sepenuhnya, Mohd Hatta berkata ia satu kemungkina­n untuk melaksanak­an cadangan yang diberikan.

“Saya rasa kami akan menggunaka­n cadangan ini,” katanya.

Antara cadangan termasukla­h mengubah corak pemikiran perniagaan berfikir seperti PKS digital yang inovatif dan memacu transforma­si digital mereka.

Terdahulu dalam ucapan, Mohd Hatta berkata dapatan daripada tinjauan mengenai PKS itu menunjukka­n PKS yang menggunaka­n media sosial dan e-dagang mencatatka­n peningkata­n produktivi­ti sebanyak 26-27 peratus.

“PKS yang menggunaka­n penyelesai­an pengurusan data turut mencatatka­n peningkata­n produktivi­ti sebanyak 60 peratus,” katanya, sambil menambah ini menunjukka­n PKS dapat mencapai produktivi­ti yang lebih tinggi dengan penggunaan teknologi yang lebih baik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia