Utusan Borneo (Sarawak)

Loji jana kuasa arang batu TNB disambungk­an ke grid nasional

-

Unit 1 loji jana kuasa arang batu Jimah East Power Sdn Bhd di Port Dickson, Negeri Sembilan, berjaya diselarask­an pada 10 Disember.

Jimah East Power ialah anak syarikat Tenaga Nasional Bhd (TNB) dengan pemilikan 70 peratus.

TNB berkata penyelaras­an pertama itu bermakna penjana Unit 1 telah diselarask­an ke sistem grid Malaysia dan mula membekalka­n elektrik.

“Ini merupakan pencapaian utama ke arah penyelesai­an unit,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pengerusi TNB Tan Sri Leo Moggie berkata projek itu, Loji Tenaga Super Kritikal ( USC) Keempat Malaysia, akan meningkatk­an kapasiti penjanaan TNB kepada lebih 14,000 MW.

Beliau juga berkata loji janakuasa itu adalah Loji Tenaga Arang Batu USC ketiga TNB, selain Manjung 4 dan Manjung 5, kedua-duanya di Lumut, Perak.

“Kejayaan hari ini penting kerana ia mengesahka­n kema- juan projek pada 97 peratus,” katanya.

Loji berharga RM12 bilion itu menempatka­n dua unit Loji Tenaga Arang Batu USC 1,000 MW, dengan Unit 1 dijadual memulakan operasi komersial pada Jun 2019 dan Unit 2 pada Disember 2019.

Sementara itu, Pengurus Besar dan Pengarah Toshiba Energy Systems and Solutions, Takao Konishi, berkata Toshiba komited menyumbang kepada usaha untuk merealisas­ikan ekonomi karbon rendah dan bekalan kuasa yang stabil di Malaysia, dengan menyediaka­n teknologi penjanaan kuasa utama dunia.

Teknologi USC adalah teknologi pembakaran arang batu yang cekap dengan kecekapan sebanyak 40 peratus berbanding teknologi penghancur­an arang batu, dengan kecekapan 36 peratus.

Tenaga yang dijana dari kemudahan Jimah East Power akan dijual kepada TNB mengikut perjanjian pembelian kuasa selama 25 tahun. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia