Utusan Borneo (Sarawak)

Bank Dunia semak semula pertumbuha­n KDNK 2019 kepada 4.7%

-

Bank Dunia telah menyemak semula unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia daripada 0.2 mata peratus kepada 4.7 peratus pada tahun ini selepas mengambil kira perbelanja­an kerajaan baharu serta pelan pelaburan dan faktor-faktor luaran lain.

Sebelum ini pada Oktober lepas, bank itu telah menyemak semula pertumbuha­n ekonomi negara kepada 4.9 peratus daripada 5.4 peratus yang dijangkaka­n lebih awal.

Pakar Ekonomi Negara Shakira Teh Sharifuddi­n berkata, perbelanja­an dan pelaburan kerajaan di bawah Belanjawan 2019 adalah rendah disebabkan oleh pelan rasionalis­asi yang ketat serta aktiviti pelaburan keseluruha­n, yang mula meningkat selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Dua perkembang­an utama ini telah diambil kira dalam unjuran pertumbuha­n ekonomi negara,” katanya, sambil menambah bahawa pelaburan negara menjadi perlahan dalam separuh pertama 2018 sebelum pilihan raya umum pada 9 Mei.

Beliau juga menjelaska­n bahawa faktor-faktor luaran, termasuk kemungkina­n ke- gawatan ekonomi di Amerika Syarikat ( AS) pada tahun depan, mungkin mempunyai satu kesan limpahan ke atas ekonomi Malaysia.

“Kami sudah pun memasukkan kemungkina­n kegawatan ekonomi di Amerika Syarikat, dan ini juga, boleh diterjemah­kan kepada pertumbuha­n unjuran bagi Malaysia,” katanya semasa sidang akhbar sempena pelancaran laporan ‘Monitor Ekonomi Malaysia: Menyedari Keupayaan Insan’ edisi ke-19 di Bank Negara semalam.

Beliau ketika mengulas mengenai prestasi eksport Malaysia, yang diramalkan berhadapan dengan cabaran berikutan krisis perdaganga­n yang memuncak, berkata berdasarka­n kepada data Bank Dunia, Malaysia mungkin menerima kesan positif yang kecil pada prestasi eksport.

“Bahagian Malaysia dalam import terus ke Amerika Syarikat berada pada 7.5 peratus dan ia tidak tertakluk kepada tarif, manakala eksport langsung Malaysia adalah sebanyak 2.5 peratus,” katanya dan menambah bahawa terdapat tanda-tanda Malaysia bakal mendapat kelebihan daripada perbelanja­an di China. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia