Utusan Borneo (Sarawak)

FBM KLCI akan cecah 1,830 menjelang akhir 2019

Pendapatan korporat untuk 2019 dijangka meningkat 5.8% berbanding 1.96% yang dijangka tahun ini

-

KUALA LUMPUR: MIDF Research menjangka penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI ( FBM KLCI) akan meningkat kepada 1,830 menjelang akhir 2019, disokong oleh pemulihan pendapatan korporat.

Ketua Strategi dan Analisis Kuantitati­f Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata, pendapatan korporat untuk 2019 dijangka meningkat 5.8 peratus berbanding 1.96 peratus yang dijangka untuk tahun ini.

“Kami juga menjangka terdapat peluang bagi pelabur memasuki pasaran sekarang kerana tahap indeks komposit (CI) semasa adalah kira-kira 150 mata asas lebih rendah daripada yang kami jangka menjelang akhir 2019,” katanya pada taklimat media mengenai prospek pasaran di sini semalam.

Syed Muhammed berkata, penilaian nisbah harga-pendapatan pasaran juga dijangka meningkat kepada 16.2 peratus daripada paras semasa 15.8 peratus.

Dengan itu, bersama dengan ketiadaan peningkata­n ketegangan perdaganga­n antara Amerika Syarikat dan China, beliau berkata paras sasaran 1,830 boleh dicapai.

Bagaimanap­un, beliau berpendapa­t Bursa Malaysia akan diperdagan­gkan dalam jajaran kecil tahun depan dengan aktiviti pengambila­n untung dan mengejar prestasi akan berlaku.

Bagi akhir 2018, beliau berkata, tahap sokongan CI adalah pada 1,600, tetapi ia akan diniaga lebih tinggi sekiranya aktiviti memperelok­kan akaun berlaku.

Mengenai ringgit, beliau meramalkan unit tempatan akan mengukuh sedikit kepada RM4 berbanding dolar US menjelang akhir 2019 daripada tahap semasa kira-kira RM4.18.

“Ini akan disokong oleh kenaikan harga minyak mentah dan minyak sawit mentah (MSM),” katanya.

Beliau berkata penanda aras minyak mentah Brent dijangka diniaga lebih tinggi kepada AS$75 setong tahun depan daripada paras semasa kirakira AS$60 setong, berikutan persetujua­n Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum untuk memotong pengeluara­n, dengan MSM akan memurata kepada RM2, 200 satu tan metrik daripada RM1,960 pada masa ini.

“Ini akan membawa kepada kemasukan semula dana asing ke dalam pasaran kita, seperti yang kita lihat aliran keluar berjumlah RM11 bilion setakat minggu lepas untuk tahun ini,” katanya.

Tahun lepas, pasaran ekuiti tempatan mencatatka­n lebih daripada RM10 bilion aliran masuk dana asing.

Mengulas mengenai prospek aliran dana, Ketua Penyelidik­an Mohd Redza Abdul Rahman berkata, ia akan berasaskan kepada pendapatan korporat.

“Jika pendapatan positif, harga saham akan turut positif dan menarik pelabur asing untuk masuk,” katanya, sam- bil menambah bahawa Bursa Malaysia masih dalam keadaan defensif berbanding bursa serantau.

“Ini akan membantu pelabur mencari perlindung­an di sini di tengah-tengah ketidakpas­tian,” tambahnya.

Menurut statistik MIDF Research, keuntungan KLCI merosot 6.8 peratus antara Januari dan Jumaat lepas, manakala Indeks MSCI Asia Pacific Ex- Japan ( MXAPJ INDEX) jatuh 15.4 peratus dan Indeks Pasaran Sedang Muncul MSCI (MXEF) susut 16.0 peratus dalam tempoh yang sama. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia