Utusan Borneo (Sarawak)

Kelajuan Streamyx di kawasan tanpa liputan UniFi digandakan

-

Kelajuan Streamyx bagi pelanggan d kawasan tanpa liputan UniF akan dinaikkan dua kali ganda sehingga 8Mbps secara percuma menjelang suku pertama tahun depan.

Menurut Telekom Malaysia Berhad (TM) dalam satu kenyataan semalam, sekiranya terdapat liputan, pelanggan juga boleh memilih rumusan jalur lebar tanpa wayar 4G LTE.

“Kami juga ingin menjelaska­n aktiviti penaiktara­fan ini sedang dilaksanak­an secara berperingk­at dan dijangka selesai menjelang suku pertama 2019.

“Setakat ini, TM telah berjaya menaik taraf hampir 60 peratus daripada 340,000 pelanggan yang tinggal d kawasan liputan UniFi pada harga sama dengan pelan langganan sedia ada,” demikian menurut kenyataan itu.

TM menjelaska­n kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith di Dewan Negara semalam mengenai sasaran TM menaik taraf perkhidmat­an pengguna Streamyx kepada UniFi menjelang Mac tahun depan.

Untuk pelanggan Streamyx yang tinggal di kawasan tanpa liputan UniFi, syarikat itu komited untuk terus melabur dalam teknologi yang bersesuaia­n bagi membawa sambungan jalur lebar berkelajua­n tinggi kepada pelanggan.

“Hampir 70 peratus pelanggan Streamyx yang boleh dinaik taraf yang tinggal di kawasan tanpa liputan UniFi, telah digandakan kepantasan Streamyx jika tiada halangan teknolog pada harga sama,” katanya.

Dalam pada itu, TM turut menyeru pelanggan Streamyx yang layak menerima naik taraf kepantasan agar mengemas kini butiran perhubunga­n iaitu nombor telefon dan alamat e-mel menerusi laman web UniFi atau aplikasi unifi care. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia