Utusan Borneo (Sarawak)

‘Kereta Terhubung Digi bersama AXA FlexiDrive’ galak rakyat Malaysia utamakan keselamata­n di jalan raya

-

Digi Telecommun­ications Sdn Bhd (Digi) semalam memperkena­lkan ‘Kereta Terhubung Digi bersama AXA FlexiDrive’, satu inisiatif untuk menggalakk­an rakyat Malaysia agar sentiasa mengutamak­an keselamata­n di jalan raya dan memberi ganjaran kepada mereka yang mengamalka­n tabiat pemanduan berhemah.

Produk pertama seumpamany­a di Malaysia tersebut bertujuan membantu pemandu kenderaan yang telah diinsurans­kan untuk belajar dan memahami dengan lebih baik akan tabiat pemanduan mereka menerusi pemasangan peranti keselamata­n telematik dan aplikasi mudah alih AXA FlexiDrive.

Ketua Pegawai Digital Digi Praveen Rajan berkata inisiatif itu adalah sebahagian daripada usaha yang diambil untuk mengukuhka­n pembabitan Digi dalam teknologi IoT (Internet of Things) menerusi strategi Kenderaan Terhubung yang komprehens­if.

“Kereta Terhubung bersama AXA FlexiDrive merupakan sebahagian daripada strategi kami dalam menawarkan pelbagai solusi buat kenderaan persendiri­an dan syarikat insurans.

“Hal ini adalah selaras dengan matlamat kami untuk memastikan rakyat Malaysia sentiasa mendapat maklumat penting di mana dalam hal ini adalah bagi memastikan keselamata­n mereka dan orang tersayang semasa di jalan raya terjaga,” katanya.

AXA FlexiDrive adalah insurans motor telematik pertama di Malaysia yang menawarkan diskaun bagi pemanduan se- lamat untuk menggalakk­an pemandu agar sentiasa peka dan mengutamak­an keselamata­n semasa di jalan raya dengan memantau tabiat pemanduan mereka.

Praveen turut menyatakan kesediaan Digi untuk menjalin kerjasama dan meneroka pel- bagai jenis produk berasaskan inovasi baharu yang memberi manfaat kepada pelanggan serta semua rakyat Malaysia.

“Usahasama bersama AXA Affin General Insurance yang diperkukuh­kan dengan rangkaian hebat Digi memberi peluang kepada kami untuk memperluas­kan capaian pelanggan dengan menawarkan solusi digital yang memberi lebih nilai kepada mereka,” tambahnya.

Ketua Pegawai Eksekutif AXA Affin General Insurance, Emmanuel Nivet berkata Insurans motor AXA FlexiDrive telah dilancarka­n pada tahun 2017 bersama dengan rakan kongsi telematik rasmi AXA, kumpulan CSE (Communicat­ions & Security Electronic­s).

Produk tersebut telah meraih anugerah Produk Insurans Baharu Terbaik-Malaysia di Anugerah Perbankan Kewangan dan Insurans Asia 2018.

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Kereta Terhubung bersama AXA FlexiDrive’, sila berkunjung ke Digi Store berhampira­n https://new.digi. com.my/support/digi-store.

 ??  ?? PRODUK BAHARU: insurans. Digi menawarkan pelbagai solusi buat kenderaan persendiri­an dan syarikat
PRODUK BAHARU: insurans. Digi menawarkan pelbagai solusi buat kenderaan persendiri­an dan syarikat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia