Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih daripada 30,200 Honda City terjual dalam tempoh Jan-Nov

-

Lebih daripada 30,200 unit Honda City telah terjual dari Januari hingga November tahun ini, menjadikan ia sebagai penyumbang terbesar kepada angka jualan Honda Malaysia iaitu sebanyak 32 peratus sepanjang tempoh itu.

Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Roslan Abdullah berkata City juga mengekalka­n penguasaan­nya dalam segmen B.

(Mengikut ketetapan sistem pengkelasa­n Eropah yang menyusun kenderaan mengikut berat, lebar dan panjang, segmen B merangkumi kereta yang memiliki panjang kira-kira empat meter)

“City menawarkan kombinasi prestasi dan ekonomi bahan api dengan ciri- ciri tanpa tandingan serta tahap keselamata­n pada tawaran harga yang hebat, ini menjadikan ia model yang mendapat permintaan tinggi di Malaysia,” katanya dalam majlis penyampaia­n hadiah pertanding­an ‘Joy of Buying’ di sini semalam.

Seramai tujuh pemenang utama peraduan itu, menerima sebuah Honda City sebagai hadiah setiap seorang, ia diadakan bersempena dengan ulang tahun ke 70 Honda dan Hari Kemerdekaa­n Malaysia.

Roslan berkata, peraduan itu juga dibuat sebagai penghargaa­n Honda kepada pelanggan yang telah menjadikan Honda sebagai kereta bukan nasional yang paling digemari.

“Sokongan daripada pelanggan telah membolehka­n Honda Malaysia menjadi jenama nombor satu dalam segmen kereta bukan nasional selama tiga tahun berturuttu­rut,” katanya.

Peraduan selama dua bulan itu, yang bermula pada September lepas, telah menerima lebih daripada 4,800 serahan dari seluruh negara, di mana seramai 301 pemenang telah dipilih.

Selain tujuh hadiah utama, terdapat 17 pemenang tempat kedua yang menerima sistem hiburan teater rumah Bluray Sony dan 277 pemenang lain akan mendapat barangan rasmi Honda. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia