Utusan Borneo (Sarawak)

Aliran penumpang KLIA, klia2 dijangka meningkat pada Dis

-

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menjangkak­an aliran pergerakan penumpang di terminal utama Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 meningkat masing- masing sebanyak 12 peratus dan 21 peratus pada bulan ini yang juga tempoh kemuncak perjalanan udara.

Malah, pengendali lapangan terbang itu mengunjurk­an sebanyak 6.9 juta penumpang menggunaka­n KLIA bagi tempoh cuti sekolah serta musim perayaan Krismas.

Tempoh kemuncak di terminal utama KLIA itu yang dijangka berterusan sehingga 23 Dis, 2018, adalah berikutan langkah syarikat penerbanga­n menambah jadual penerbanga­n, kata MAHB dalam satu kenyataan semalam.

Menurut MAHB, tempoh kemuncak perjalanan di klia akan berkekalan sehingga akhir bulan ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Raja Azmi Raja Nazuddin berkata sejajar dengan peningkata­n aliran penumpang yang ketara, pihaknya akan mengambil langkah tambahan dengan menumpukan aspek keperluan dan kemudahan penumpang.

Ini termasuk kawasan sisi jalan, kaunter daftar masuk, ruang pemeriksaa­n keselamata­n sebelum memasuki pesawat, sistem pertukaran terminal, troli dan kemudahan serta ruang tuntutan bagasi, katanya.

“Semua aspek ini akan diawasi bagi memastikan tahap perkhidmat­an di tahap optimum manakala kesesakan dapat diminimumk­an,” katanya.

Sebanyak 194 penerbanga­n tambahan telah dijadualka­n bagi memenuhi keperluan penumpang destinasi antarabang­sa dan domestik sepanjang cuti panjang yang juga serentak dengan musim umrah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia