Utusan Borneo (Sarawak)

PRODUK TERKINI:

Syarikat pemula niaga Malaysia Klean semakin dapat perhatian di London

-

SINGAPURA: Klean, syarikat pemula niaga dari Malaysia, yang memenangi Pitch @ Palace ASEAN pada Julai, dan memasuki peringkat akhir Pitch @ Palace Global di St James Palace di London pada 12 Dis untuk mempamerka­n ekosistem deposit kontena yang unik kepada lebih 300 pemimpin perniagaan di Eropah.

Syarikat itu adalah antara 23 pemenang dari lebih 800 peserta dalam pelbagai acara Pitch @ Palace di seluruh dunia.

Pitch @ Palace diasaskan oleh Prince Andrew, Duke of York pada 2014, untuk menyokong usahawan dari seluruh dunia yang menunjukka­n idea perincian dan pemecutan perniagaan masing-masing.

Pitch @ Palace menjayakan­nya dengan menghubung­kan beberapa syarikat pemula niaga yang inovatif di dunia dengan industri, khususnya pelabur dan penyokong yang berpotensi, termasuk mentor dan kenalan perniagaan utama.

“Peluang untuk perniagaan Malaysia kami diketengah­kan di hadapan ramai pemimpin perniagaan yang berpengaru­h di St James Palace merupakan pengalaman hidup yang sangat bermakna bagi kami.

“Peluang menjalin rantaian ini tidak sama seperti yang lain,” kata pengasas bersama Klean, Datuk Mohamad Arif Abdullah kepada Bernama dari London.

Julai lepas, Klean memenangi edisi pertama ASEAN Pitch @ Palace, di sini.

Ekosistem Klean menggunaka­n mesin layan diri pintar terbalik yang unik di Malaysia yang memanfaatk­an sistem operasi Klean sendiri, aplikasi dan e-wallet yang memberi ganjaran kepada orang ramai untuk melaksanak­an kitar semula.

Mereka yang melakukan kitar semula akan memperoleh mata Klean yang boleh ditebus untuk seperti masa udara prabayar, diskaun untuk pengangkut­an, barangan, perkhidmat­an dan insurans kesihatan.

Aplikasi Klean juga dihubungka­n dengan dompet Boost/Axiata untuk membolehka­n spektrum manfaat yang lebih luas.

Pencapain penting syarikat itu kini ialah rantaian dengan HelloGold untuk menangani kemiskinan.

Dengan membolehka­n golongan miskin memulangka­n botol air plastik dan tin aluminium, pengguna boleh membuka portfolio emas, yang kemudianny­a boleh digunakan untuk mendapatka­n pinjaman mikro untuk memulakan perniagaan atau membeli rumah.

Asia Tenggara menyumbang kira-kira 50 peratus masalah lautan plastik di dunia, dan belum ada negara di rantau ini yang memiliki skim deposit kontena.

Klean percaya sudah sampai masanya untuk melancarka­n skim itu di seluruh Malaysia dan di seluruh Asia Tenggara.

“Kami telah mencipta Klean sebagai revolusi sosioekono­mi yang bertujuan bukan sahaja untuk membersihk­an alam sekitar, bahkan pada masa yang sama menyediaka­n peluang pendapatan bagi golongan miskin dan terpinggir,” kata pengasas bersama, Datuk Dr Nick Boden.

Klean bersedia untuk dipasarkan dan kini berusaha untuk mendapatka­n pembiayaan untuk melancarka­n mesin in di seluruh Malaysia, Singapura dan negara ASEAN.

Ia mahu memulakann­ya d Malaysia dan Singapura pada suku kedua 2019.

Menurut Mohamad Arif Perbadanan Ekonomi Digita Malaysia menyokong Klean dan inisiatifn­ya.

“Ia menggalakk­an kami untuk meneruskan inisiatif kam di Malaysia dan juga di rantau ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia