Utusan Borneo (Sarawak)

DAFTAR UNTUK PERMUDAH AGIH BANTUAN

Persatuan, kelab yang belum mendaftar dengan Kementeria­n Belia dan Sukan Sarawak perlu segera mendaftar: Snowdan

-

KUCHING: Semua persatuan dan kelab sukan yang belum berdaftar dengan Kementeria­n Belia dan Sukan Sarawak digesa agar berbuat demikian bagi memudahkan urusan pengurusan dan pengagihan geran tahunan.

Sehubungan itu, Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan menggalakk­an agar persatuan dan kelab sukan terbabit mendaftar segera dengan Pesuruhjay­a Sukan Sarawak.

Menurut Snowdan, persatuan dan kelab sukan yang belum berdaftar juga boleh memohon untuk mendaftar secara dalam talian melalui Persatuan Pendaftara­n Sukan (ROSA).

“Pendaftara­n juga boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan di Pejabat Pesuruhjay­a Sukan,” katanya semasa merasmikan Karnival Hobi Belia Serembu di Pasar Lama Siniawan kelmarin.

Snowdan menegaskan ker-

Pendaftara­n juga boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan Sukan. ” di Pejabat Pesuruhjay­a

Datuk Snowdan Lawan Menteri Muda Belia dan Sukan

ajaan negeri juga sedang mencari pendekatan bersesuaia­n untuk mendekati golongan belia di negeri ini.

Katanya pendekatan bersesuaia­n akan dilaksanak­an bagi memberi peluang kepada golongan belia mengetenga­hkan kemampuan mereka dalam bidang masing-masing.

“Kita sedar dunia semakin berubah dan realitinya golongan belia hari ini gemar untuk menyuaraka­n hasrat mereka dengan jalan mereka sendiri.

“Ini salah satu karektor belia hari ini yang lebih bersifat dinamik, inovatif dan kreatif,” katanya.

Pada majlis sama, Snowdan turut mengumumka­n geran berjumlah RM10,000 bagi menganjurk­an karniva tersebut.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh berkata aktiviti belia yang dianjurkan lebih kepada hobi dan minat belia secara fleksibe kerana tidak mahu mereka terlalu dikongkong protoko dan formaliti.

“Ini perubahan signifikan dalam belia sekarang kerana mereka tidak mahu terikat dengan aktiviti yang bersifat terlalu formal dan konvension­al,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? TERIMALAH: Miro (tiga kiri) menyerahka­n cenderahat­i kepada Snowdan sambil disaksikan mereka yang lain.
TERIMALAH: Miro (tiga kiri) menyerahka­n cenderahat­i kepada Snowdan sambil disaksikan mereka yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia