Utusan Borneo (Sarawak)

‘Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour’ bakal gegar empat negara

- Oleh Muhammad Zaini Mohd Zain

PENYANYI tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin kembali bersama buah tangan untuk peminatnya melalui konsert jelajah ‘Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour’ selepas berehat lama dan bergelar ibu kepada Siti Aafiyah Khalid Mohamad Jiwa.

“Siti percaya dengan sokongan peminat setia, Sitizoners serta peminat yang menantikan kemunculan saya, konsert jelajah ini bakal menjadi sesuatu yang hebat,” jelas Siti pada sidang media di Kuala Lumpur kelmarin.

Menurut Siti lagi, ini merupakan konsert jelajah terbesar yang merangkumi dua fasa dalam jangka masa dua tahun.

Ia bermula di Jakarta pada 21 Februari, Singapura pada 2 Mac dan kembali ke Malaysia, iaitu di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 16 Mac.

Pengarah Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim berkata pihak produksi dan pengurusan sedang berbincang bagi mengembali­kan semula detik bersejarah di Royal Albert Hall, London berserta di beberapa lagi lokasi ikonik untuk dijelajahi. KONSERT BERNILAI RM10 JUTA

“Kami telah merancang selama enam bulan untuk konsert jelajah yang keseluruha­nnya bernilai RM10 juta. Ia adalah yang termahal bagi artis Malaysia dan buat Siti sendiri,” katanya.

Selain mempersemb­ahkan Siti Nurhaliza sebagai ‘Queen of Music’ dari Malaysia di persada antarabang­sa, beliau berharap konsep konsert tersebut menjadi perintis bagi artis lain di Malaysia.

Artis lelaki popular dari Indonesia, Tulus bakal bergabung pentas bersama Siti Nurhaliza di setiap lokasi konsert sebagai artis undangan.

Siti akan membawa peminat mengenalin­ya dengan lebih dekat melihat kejadian di belakang tabir melalui filem dokumentar­i sepanjang perjalanan konsert jelajah bertajuk ‘They Call Me Siti - Seorang Wanita, 2 Dekad, Beribu Perjalanan’.

Menurut Shirazdeen, filem dokumentar­i itu akan diarah oleh Anusha Peterson dan bakal menemui peminat di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei pada suku tahun depan. ‘MEET AND GREET’

Menerusi filem ini, peminat akan menyaksika­n bagaimana dalam kesibukan Siti menjaga Siti Aafiyah dan menjalani latihan menari, muzik, ‘fitness’ sehingga ke setiap lokasi konsert berlangsun­g.

Seramai 10 peminat bertuah bakal dipilih daripada belian tiket ‘Meet and Greet’ untuk berada di belakang pentas bertemu Siti Nurhaliza sebelum konsert bermula.

Harga tiket bermula serendah RM105 bagi Bronze, RM155 - Silver, RM255 - Gold, RM355 - Platinum, RM 495 - Diamond dan RM1,295 ‘Meet and Greet’.

Untuk maklumat lanjut, layari www.shirazproj­ects. com atau www.myticket. asia bagi mendapatka­n tiket konsert bermula pada 26 Dis, 2019. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? JELAJAH: Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama Pengarah Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim pada sidang media bagi mengumumka­n konsert jelalah yang akan diadakan awal tahun depan.
JELAJAH: Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama Pengarah Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim pada sidang media bagi mengumumka­n konsert jelalah yang akan diadakan awal tahun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia