Utusan Borneo (Sarawak)

Panel Trump syor sedia senjata api di sekolah

Selain guna veteran tentera atau polis sebagai pengawal keselamata­n, tarik balik garis panduan era Obama

-

WASHINGTON: Sebuah panel keselamata­n yang ditubuhkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, susulan kepada kejadian serangan tembakan yang begitu banyak di sekolah, mengesyork­an pada Selasa agar sekolah menimbang untuk menyediaka­n senjata api bagi kakitangan, menggunaka­n veteran sebagai pengawal keselamata­n, dan menarik balik garis panduan era Obama.

Panel Suruhanjay­a Keselamata­n Sekolah Persekutua­n, yang diketuai Setiausaha Pendidikan Betsy DeVos, ditubuhkan ekoran pembunuhan beramai-ramai pada Februari lalu di Parkland, Florida, apabila seorang bekas pelajar menembak mati 17 orang, yang mencetuska­n protes kawalan senjata api besar-besaran.

Suruhanjay­a itu menolak seruan untuk menaikkan usia minimum yang diperlukan untuk membeli senjata api, dengan hujah dalam laporannya setebal 180 halaman bahawa kebanyakan penembak sekolah memperoleh­i senjata mereka daripada ahli keluarga ataupun rakan.

Sebaliknya ia mencadangk­an senjata api untuk kakitangan – termasuk guru dalam keadaan tertentu – “bagi menangani keganasan dengan berkesan dan segera”.

Daerah sekolah di mana respons polis mungkin lebih lambat, seperti daerah luar bandar, mungkin akan men- dapat manfaat khususnya, kata suruhanjay­a itu.

Ia juga mengesyork­an pihak berkuasa pendidikan melantik veteran tentera dan bekas pegawai polis yang “dapat juga berkhidmat sebagai pendidik yang amat berkesan”.

Laporan itu menuntut semakan semula ke atas garis panduan disiplin yang diperkenal­kan pada 2014 di bawah bekas presiden Barack Obama, yang mencadangk­an alternatif kepada penggantun­gan dan pembuangan bagi menangani diskrimina­si terhadap pelajar kulit hitam dan Latino.

Laporan suruhanjay­a itu menyebut langkah itu memberi “impak yang sangat negatif ke atas keselamata­n dan disiplin sekolah”.

Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika mengecam saranan itu.

“Pentadbira­n Trump mengeksplo­itasi tragedi untuk mewajarkan usaha menarik balik perlindung­an hak sivil kanakkanak sekolah, walaupun tiada bukti yang mengaitkan reformasi disiplin sekolah dengan kejadian serangan tembakan di sekolah,” ia menyebut dalam satu kenyataan.

Wakil Demokrat Nancy Pelosi, yang akan menjadi speaker Dewan AS apabila partinya mengambil alih dewan pada Januari, mengkritik laporan itu dan berkata Trump dan DeVos “telah mencapai tahap rendah yang baharu”.

Lebih 219,000 pelajar AS terbabit dalam serangan tembakan di sekolah sejak pembunuhan beramai-ramai di Columbine High School pada April 1999, menurut perangkaan yang dikumpul oleh akhbar Washington Post.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? PRO SENJATA API: JT Lewis (kiri), abang kepada mangsa serangan tembakan di Sandy Hook, Jesse Lewis; Andy Pollack (dua kiri), bapa mangsa serangan tembakan di Parkland, Meadow Pollack; DeVos (dua kanan); dan Syerif Marshall County Kentucky, Kevin Byars (kanan) mendengar Trump berucap pada perbincang­an meja bulat tentang keselamata­n sekolah dalam Bilik Roosevelt di Rumah Putih pada Selasa di Washington DC.
— Gambar AFP PRO SENJATA API: JT Lewis (kiri), abang kepada mangsa serangan tembakan di Sandy Hook, Jesse Lewis; Andy Pollack (dua kiri), bapa mangsa serangan tembakan di Parkland, Meadow Pollack; DeVos (dua kanan); dan Syerif Marshall County Kentucky, Kevin Byars (kanan) mendengar Trump berucap pada perbincang­an meja bulat tentang keselamata­n sekolah dalam Bilik Roosevelt di Rumah Putih pada Selasa di Washington DC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia