Utusan Borneo (Sarawak)

Lahir pemikir kreatif yang menyumbang kepada ekonomi

Universiti berperanan penting bangunkan inovasi, daya saing ekonomi dan kemakmuran dalam ekonomi global: KM

- Oleh Jessica Jawing

Graduan universiti boleh menyumbang banyak kepada pembanguna­n ekonomi negara dan kita melihat pendidikan tinggi dalam perspektif global akan menentukan peranan universiti sebagai kunci kepada

” daya saing ekonomi.

KUCHING: Institusi pengajian tinggi termasuk universiti tempatan digesa memenuhi keperluan praktikal dengan melahirkan pemikir kreatif yang menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, universiti memainkan peranan penting bagi membangunk­an inovasi, daya saing ekonomi dan kemakmuran dalam ekonomi global untuk masa depan negara.

“Saya ingin menegaskan bahawa universiti- universiti tempatan kita mempunyai tanggungja­wab penting untuk memastikan tenaga kerja kita disediakan untuk permintaan perubahan ekonomi.

“Saya ingin menggesa universiti-universiti seperti UiTM (Universiti Teknologi MARA) agar berusaha untuk memenuhi keperluan praktikal ekonomi dengan mengajar serta melatih, dan lebih penting lagi, melahirkan pemikir kreatif yang mendorong ekonomi kita ke hadapan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian melalui teks ucapannya yang dibacakan Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah pada perasmian Persidanga­n mengenai Teknologi dan Sains Inovasi bagi Pendidikan dan Penyelidik­an ( InnoSTREE) 2018 anjuran Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak di sini, semalam.

Abang Johari berkata, universiti secara tradisinya sentiasa dianggap amat penting untuk pembanguna­n ekonomi dan peranan itu dilihat semakin penting dengan munculnya alaf baharu.

“Seperti yang kita semua tahu, universiti sentiasa dikreditka­n dengan menyediaka­n peluang kepada belia untuk mengembang­kan diri dan memajukan ekonomi.

“Graduan universiti boleh menyumbang banyak kepada pembanguna­n ekonomi negara dan kita melihat pendidikan tinggi dalam perspektif global akan menentukan peranan universiti sebagai kunci kepada daya saing ekonomi.

“Ini disebabkan penyelidik­an fakulti menghasilk­an penemuan saintifik dalam semua bidang sama ada teknologi, proses industri dan pengeluara­n, pertanian dan banyak lagi,” katanya.

Justeru katanya, persidanga­n antarabang­sa sepert yang dianjurkan UiTM berkenaan adalah amat penting kerana menghimpun­kan ahli-ahli antarabang­sa dalam bidang sains dan teknolog inovatif.

Sementara itu, Rektor UiTM Sarawak Datuk Dr Jamil Hamali berkata, persidanga­n itu bertujuan member peluang kepada penyelidik muda khasnya untuk membangunk­an bidang khusus mereka dalam pengajian akademik serta dalam persekitar­an teknologi yang sentiasa berubah.

“Ini akan meningkatk­an pengetahua­n mereka dalam bidang khusus masing-masing yang sangat berguna selepas mereka lulus.

“Persidanga­n ini juga adalah platform untuk peserta tempatan dan antarabang­sa dari kedua- dua akademik dan industri untuk membentang­kan pengetahua­n mereka yang berwibawa dan penemuan terkini dalam sains dan teknologi inovatif,” katanya.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ??  ?? TERIMA KASIH: Fatimah menerima cenderamat­a daripada Jamil (dua kanan) disaksikan tetamu jemputan lain selepas perasmian persidanga­n tersebut, semalam.
TERIMA KASIH: Fatimah menerima cenderamat­a daripada Jamil (dua kanan) disaksikan tetamu jemputan lain selepas perasmian persidanga­n tersebut, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia