Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak akur guna khidmat guru agama Islam dari Semenanjun­g sebagai langkah sementara

-

Sarawak menyokong usaha untuk menggunaka­n khidmat guru agama Islam dari Semenanjun­g sebagai langkah sementara bagi mengisi kekurangan guru mata pelajaran berkenaan yang agak kritikal kini.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, bagaimanap­un bagi langkah jangka panjang, Sarawak dalam usaha melahirkan guru agama Islam tempatan dengan menggalakk­an anak- anak sekolah mengambil aliran pendidikan Islam.

“Kita dalam usaha untuk menambah guru agama kita sendiri tetapi ia memerlukan masa, kita memerlukan lebih ramai pelajar mengambil aliran agama dan melanjutka­n pengajian ke universiti untuk dilatih dalam bidang pendidikan agama ini.

“Buat sementara waktu, kita akur dengan menggunaka­n khidmat guru agama dari Semenanjun­g yang kebanyakan­nya dari Kelantan dan Terengganu bagi mengatasi kekurangan itu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg merasmikan Persidanga­n mengenai Teknologi dan Sains Inovasi bagi Pendidikan dan Penyelidik­an ( InnoSTREE) 2018 anjuran Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak di sini, semalam.

Fatimah berkata, dimaklumka­n sehingga kini Sarawak mengalami kekurangan lebih 500 guru agama Islam di peringkat sekolah rendah, manakala lebih 200 orang lagi di sekolah menengah.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menasihatk­an guru agama Islam dari Kelantan dan Terengganu tidak pulang ke Semenanjun­g buat sementara, sebaliknya terus menabur bakti di Sabah dan Sarawak kerana bekalan guru agama yang mendesak di kedua-dua negeri.

“Jika boleh, kita pujuk ustaz dan ustazah dari Kelantan, Terengganu dan Kedah mengajar di Sabah dan Sarawak buat sementara ini tidak pulang ke Semenanjun­g bagi menjadi medan dakwah mereka dan medan menabur bakti,” kata Maszlee pada persidanga­n Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Ditanya mengenai kenyataan Maszlee bahawa guru dari Semenanjun­g itu dinasihat tidak pulang sebaliknya terus berada di Sarawak untuk menjadi medan dakwah, Fatimah berkata, beliau tidak begitu pasti sama ada ‘medan dakwah’ itu dalam konteks pendidikan agama atau sebaliknya.

“Jika ia dari segi konteks bagi memastikan anak murid beragama Islam, kita boleh terima kerana tujuan pendidikan Islam untuk mendidik anak- anak beragama Islam dari aspek pengetahua­n agama.

“Namun jika ia dalam konteks lain, ini mungkin sukar untuk diterima, di- sebabkan dalam negara kita, kita mengamalka­n hormat dan menghormat­i agama antara satu sama lain,” tegasnya.

Fatimah berkata, bagaimanap­un guru agama Islam yang mengajar di Sarawak perlu menumpukan aspek pendidikan Islam kepada anak-anak beragama Islam dan bukan di luar konteks itu.

Beliau berkata, ini kerana isu berkaitan dengan agama dan bangsa perlu ditangani secara berhati-hati agar tidak menjejaska­n perpaduan dan keharmonia­n rakyat pelbagai kaum.

“Kalau dalam hal agama semua peringkat dari kementeria­n, pemimpin dan masyarakat umum, kita perlu berhati- hati untuk memastikan keharmonia­n antara pelbagai kaum dapat dijaga.

“Ia termasuk menteri supaya apa yang kita sebutkan tidak disalah tafsir kerana kita tidak mahu keadaan di mana ada perasaan tidak senang hati di kalangan rakyat berbilang bangsa,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia