Utusan Borneo (Sarawak)

Merokok tiga meter dari premis makanan adalah wajar: COVAS

-

Jarak sekurangku­rangnya tiga meter daripada premis makanan untuk perokok menghisap rokok adalah jarak yang adil.

Naib Presiden Persatuan Suara Pengguna Sarawak (COVAS) Philip Ng berkata, dengan syarat jarak tiga meter itu berada dalam ruang terbuka dan jauh dari premis makanan.

“Kami (COVAS) percaya perokok dan bukan perokok mempunyai hak masingmasi­ng.

“Tiga meter adalah jarak minimum yang dilihat adil, dengan syarat ia berada dalam ruang terbuka jauh dari premis makanan.

“Oleh itu COVAS bersetuju dengan keputusan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) itu,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Ng berkata, adalah lebih ideal kawasan merokok, tiga meter dari premis makanan boleh disediakan pemilik restoran atau kedai makan tetapi ia mungkin tidak praktikal kerana bergantung kepada susun atur sesuatu tempat.

“Bagaimanap­un, larangan merokok di dalam premis makanan adalah permulaan yang baik dan kita percaya perokok secara umumnya akan menjarakka­n diri mereka daripada bukan perokok ketika merokok,” ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye di Parlimen Selasa lepas iaitu perokok perlu menghisap rokok sekurang-kurangnya tiga meter dari premis apabila larangan merokok di restoran dan kedai makan dikuatkuas­akan bermula 1 Januari tahun depan.

Dr Lee berkata, penguatkua­saan peraturan itu bagaimanap­un hanya melibatkan tindakan amaran dan pendidikan dalam enam bulan pertama pelaksanaa­nnya nanti.

“Penguatkua­saan akan dilakukan penolong pegawai kesihatan persekitar­an.

“Jadi di peringkat kementeria­n terdapat 5,008 orang yang mempunyai kuasa menguatkua­sakan kawasan larangan merokok.

“Sebahagian daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga mempunyai pegawai kesihatan persekitar­an yang boleh menjalanka­n penguatkua­saan,” katanya.

Dr Lee berkata, dalam melaksanak­an larangan itu, pemilik premis perlu mempamerka­n tanda kawasan larangan merokok dan tidak menyediaka­n kemudahan merokok termasuk bekas abu rokok kepada pelanggan.

Beliau berkata, sehingga kini, 63 siri taklimat dihadiri lebih 3,000 wakil pengusaha restoran dan kedai makan telah dianjurkan bagi melaksanak­an pewartaan premis mereka sebagai kawasan larangan merokok.

Tambahnya lagi, pengusaha restoran boleh menghubung­i ‘ hotline’ kementeria­n 0388944530 jika berhadapan dengan pelanggan yang enggan bekerjasam­a bagi membolehka­n bantuan penguatkua­saan diberikan.

Katanya lagi, vape dan shisha masih tertaklum di bawah larangan berkenaan kecuali pelanggan boleh membuktika­n vape dan shisha itu tidak mengandung­i nikotin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia