Utusan Borneo (Sarawak)

Curtin adakan ceramah teknikal bersama IEM Miri

-

Curtin Highway Infrastruc­ture Research & Innovation Hub di Curtin University Malaysia ( Curtin) telah mengadakan ceramah teknikal mengenai pembinaan jambatan di Batang Baram, Long Lama dengan kerjasama Institut Kejurutera­an Malaysia (IEM) Cawangan Miri, baru-baru ini.

Program berkenaan dihadiri pelajar dan kakitangan Jabatan Kejurutera­an Awam dan Pembinaan di Fakulti Kejurutera­an dan Sains Curtin, serta ahli-ahli IEM Miri.

Ceramah tersebut telah dikendalik­an Pengurus Kanan Projek Pekerjaan Piasau Konkerit Sdn Bhd (PPK) Ir. Sam Yii Hock Wong, jurutera profesiona­l yang berpengala­man selama 20 tahun dalam kerja-kerja pembinaan jambatan.

Manakala PPK merupakan kontraktor utama bagi pembinaan jambatan tersebut.

Projek jambatan berkenaan dibiayai sepenuhnya kerajaan Sarawak dengan kos kirakira RM67 juta dan dijangka dibuka kepada orang ramai pada April 2019.

Yii menjelaska­n mengenai kerja-kerja keseluruha­n yang melibatkan keseimbang­an jambatan cantilever, dari kerja asas kepada pembinaan dermaga dan dek jambatan, termasuk masalah yang dihadapi semasa pembinaan dan cara yang digunakan bagi mengatasin­ya.

Para pelajar Curtin yang terdiri daripada pelajar tahun akhir yang menyertai ceramah tersebut menghargai peluang yang diberikan bagi merasai industri sebenar, selain perbincang­an yang dilakukan amat relevan dengan unit projek reka bentuk tahun akhir mereka.

Sebagai sebahagian Sarjana Muda Kejurutera­an dalam kursus Kejurutera­an Awam dan Pembinaan, pelajar akhir tahun itu dikehendak­i menyiapkan projek dari reka bentuk kepada pembinaan dan pengurusan projek.

Yii turut membawa para peserta ceramah bagi mengadakan lawatan ke tapak pembinaan jambatan terbabit untuk melihat secara dekat perlaksana­an jambatan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Kejurutera­an Awam dan Pembinaan Profesor Madya Muhammad Ekhlasur Rahman memberitah­u, pelajar yang menyertai ceramah ber- kenaan amat bertuah kerana diberi peluang untuk mendapatka­n pembelajar­an secara langsung di luar kuliah.

Jelasnya, ceramah khas itu diadakan setiap semester bag membantu pelajar memaham aplikasi industri sebenar dalm bidang yang mereka pelajari.

Dengan penglibata­n tersebut, para pelajar bukan sahaja mendapat pengetahua­n secara langsung, tetapi meningkatk­an kemahiran mereka serta kebolehpas­aran mereka apabila tamat pengajian kelak.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Para peserta yang mengadakan lawatan ke tapak pembinaan jambatan di Batang Baram, Long Lama bergambar bersama selepas sesi ceramah, baru-baru ini.
UNTUK ALBUM: Para peserta yang mengadakan lawatan ke tapak pembinaan jambatan di Batang Baram, Long Lama bergambar bersama selepas sesi ceramah, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia