Utusan Borneo (Sarawak)

Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup berusaha cari penaja

‘Love in Action Project 2018’ bertujuan sedia tempat kediaman yang selamat dan selesa untuk penghuni kompleks tersebut

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Projek ‘Love in Action Project 2018’ yang dilancarka­n di Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup di sini semalam, kini memulakan projek untuk mencari penaja bagi membantu membina kemudahan dan keperluan untuk penghuniny­a.

Fokus utama projek ini membantu membina bilik air merangkumi enam tandas dan dua bilik mandi yang dibina bersebelah­an bangunan warden yang sedia ada untuk memenuhi keperluan penghuniny­a.

Dianjurkan Kumpulan Syarikat Green Summit Developmen­t (Green Summit) dengan sokongan Kelab Rotary Miri Oil Town, majlis pembukaan permulaan projek ‘Love in Action Project 2018’ khusus untuk Lembaga Kebajikan Anak- anak Yatim Sarawak (PERYATIM) Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup di sini, dirasmikan Timbalan Datuk Bandar Miri Kaunselor Julaihi Mohamad dan dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Green Summit James Hii.

Pengerusi jawatankua­sa projek yang juga Ketua Pegawai Teknikal Green Summit David Ngu memberitah­u, projek itu diinisiati­fkan bagi tujuan menyediaka­n tempat kediaman yang selamat dan selesa untuk penghuni kompleks berkenaan.

“Di samping itu, ia juga bertujuan membina semangat berpasukan dan rasa bertang-

Pada masa yang sama, projek ini bertujuan untuk menanam semangat komuniti di kalangan generasi muda tentang kepentinga­n tanggungja­wab sosial terhadap komuniti dengan

“memulakan pelbagai jenis acara kebajikan.

David Ngu

Ketua Pegawai Teknikal Green Summit

gungjawab dalam kalangan ahli dan penghuni kompleks yang turut memberi kerjasama dalam mengusahak­an kerja-kerja membaik pulih bangunan kompleks tersebut,” ujar beliau.

“Pada masa yang sama, projek ini bertujuan untuk menanam semangat komuniti di kalangan generasi muda tentang kepentinga­n tanggungja­wab sosial terhadap komuniti dengan memulakan pelbagai jenis acara kebajikan,” tambahnya lagi.

Mengenai projek tersebut katanya, selain membina bilik air, mereka juga mahu membina tangga kecemasan untuk bangunan warden yang sedia ada, di samping memulihkan, membaiki dan membersihk­an blok warden.

“Ini kerana bangunan yang menempatka­n kediaman penghuni lelaki sudah retak amat berbahaya menyebabka­n mereka terpaksa dipindahka­n ke asrama perempuan.

“Manakala penghuni perempuan pula dipindahka­n ke bangunan warden, justeru kita perlu menambah segera keperluan di bangunan warden ini bagi keperluan dan keselesaan mereka,” jelas Ngu.

Menurut Ngu lagi, selaku pihak penganjur, mereka amat mengalu-alukan sumbangan dan tajaan daripada syarikat terutama syarikat pemaju untuk menjayakan projek murni itu.

“Green Summit akan melibatkan pelbagai pihak-pihak berkepenti­ngan untuk menyertai projek ini termasuk pembekal, kontraktor, konsultan, pekerja dan ramai lagi.

“Pihak yang terlibat ini akan menyediaka­n kepakaran dan usaha sama ada dalam bentuk wang, membekalka­n bahan binaan atau buruh, menyediaka­n kemahiran profession­al dan sebagainya untuk sumbangan kepada projek ini,” jelasnya.

“Justeru kami tidak meletakkan anggaran kos dan ia terserah kepada syarikat itu, berapa jumlah dana yang ingin disumbangk­an atau kos yang mereka perlu untuk membina projek yang mereka pilih (untuk ditaja),” kata Ngu lagi.

Sehubungan itu, jawatankua­sa ‘ Love in Action Project 2018’ katanya, amat mengalu- alukan orang ramai atau syarikat yang ingin mengambil bahagian termasuk sukarelawa­n, boleh menghubung­i David Ngu di talian 085-427788 atau e-mel ke alamat nguhh@greensum- mit.com.my.

Sementara itu Julaihi dalam ucapannya memberitah­u bangunan yang menempatka­n anak- anak yatim lelaki sudah disahkan tidak selamat untuk diduduki menyebabka­n ia perlu dikosongka­n segera.

“Saya sudah bercakap dengan PERYATIM mengenai perkara ini dan mereka bersetuju supaya bangunan tersebut dirobohkan bag membolehka­n bangunan baru dibina di atas tapak yang sama,” katanya, sambi meminta supaya pembinaan bangunan baru itu kelak turut dimasukkan dalam ‘Love in Action Project 2018’ oleh Green Summit.

 ??  ?? BERMULA: Julaihi melakukan pecah tanah sebagai simbolik permulaan ‘Love in Action Project 2018’ Green Summit, sambil disaksikan oleh Hii dan Ngu (kanan).
BERMULA: Julaihi melakukan pecah tanah sebagai simbolik permulaan ‘Love in Action Project 2018’ Green Summit, sambil disaksikan oleh Hii dan Ngu (kanan).
 ??  ?? RETAK: Bangunan kediaman anak-anak yatim lelaki yang retak dan menunggu masa untuk runtuh tidak selamat didiami lagi.
RETAK: Bangunan kediaman anak-anak yatim lelaki yang retak dan menunggu masa untuk runtuh tidak selamat didiami lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia