Utusan Borneo (Sarawak)

Perhimpuna­n Reformasi Teksi tuntut hak sama rata dengan syarikat e-hailing

-

Persatuan Teksi Bumiputera Bahagian Kuching (PTBBK) semalam mengadakan perhimpuna­n aman Reformasi Teksi untuk menuntut hak kesamarata­an antara pemandu teksi dan syarikat e-hailing.

Pengerusi PTBBK Sapawi Mohd Suut berkata, ia bertujuan untuk melindungi hakhak pengusaha khususnya pemandu teksi demi memelihara industri pengangkut­an awam tersebut di negeri dan negara ini.

Menurut beliau, industri teksi umpamanya di Sarawak bakal ‘ terkubur’ jika hak kesamarata­an itu tidak dikuatkuas­akan mahupun diambil peduli oleh kerajaan.

“Pendapatan kami (pemandu teksi berdaftar) terjejas teruk dengan penglibata­n syarikat e-hailing yang beroperasi tanpa menggunaka­n permit atau lesen sah seperti yang dikenakan ke atas pengusaha teksi.

“Kami bukan nak melawan kerajaan, tetapi kami mahu kerajaan beri hak sama rata dengan syarikat e- hailing yang beroperasi terutama di negeri ini,” ujarnya ketika ditemui Utusan Borneo di sini, semalam.

Lebih 50 pemandu teksi yang beroperasi di sekitar Bahagian Kuching berkumpul sekali gus menyertai perhimpuna­n aman tersebut bermula jam 9 pagi semalam.

Selain itu, kata Sapawi, perhimpuna­n tersebut juga bertujuan memberi sokongan kepada rakan-rakan mereka yang turut mengadakan langkah sama di seluruh negara.

“Hari ini (semalam), kami sebulat suara menyokong Gabungan Teksi SeMalaysia (GTSM) untuk berbuat demikian dengan bersama mengadakan perhimpuna­n Reformasi Teksi di seluruh negara bagi menuntut kesamarata­an dan keadilan hak kami daripada kerajaan persekutua­n.

“Kami mahu bukan industri teksi sahaja yang dibebani dengan undang-undang, tetapi syarikat e-hailing seperti Grab, MyCar dan sebagainya turut dikenakan undang-undang sama rata,” tegasnya.

Sapawi berkata, antara agenda yang dituntut persatuan di bawah gabungan berkenaan termasuk menyelesai­kan pelarasan tambang komisen dan menetapkan peraturan yang adil antara teksi dan e-hailing.

“Semoga tuntutan kam ini didengari dan seterusnya diambil tindakan oleh pihak kerajaan terutama Menter Pengangkut­an, Anthony Loke Siew Fook yang bertanggun­gjawab dalam industri pengangkut­an awam d negara ini,” ujarnya.

 ??  ?? LUAHAN HATI: Sapawi (barisan belakang, dua kanan) mengetuai perhimpuna­n aman Reformasi Teks bagi menuntut kesamarata­an dan keadilan hak pemandu teksi di Tebingan Kuching, semalam.
LUAHAN HATI: Sapawi (barisan belakang, dua kanan) mengetuai perhimpuna­n aman Reformasi Teks bagi menuntut kesamarata­an dan keadilan hak pemandu teksi di Tebingan Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia