Utusan Borneo (Sarawak)

Curtin antara terunggul pada ACE Championsh­ip Playoffs

-

Pasukan Curtin University Malaysia ( Curtin) berjaya meraih tempat kedua pada kejohanan Alliance of Campus Esports (ACE) Championsh­ip Playoffs yang telah berlangsun­g di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pasukan yang merangkumi lima pelajar Curtin terbabit memenangi pertanding­an Dota 2 yang julung kali menampilka­n dua perlawanan iaitu Dota 2 dan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dengan membawa pulang wang tunai RM6,000.

Pasukan berkenaan terdiri daripada pelajar Keselamata­n Siber Yeo Swee En, pelajar Kejurutera­an Elektrik dan Elektronik Ariston Antonio Calipusan, pelajar Perbankan dan Kewangan Derek Stanley Norman Guang, Cheah Jia Min dan Yeo Wei Kiat masing- masing merupakan pelajar Kejurutera­an Mekanikal.

Kesemua mereka juga ahli Kelab Curtin E- Sports di Curtin.

Kejohanan berkenaan menyaksika­n lapan pasukan merebut gelaran pemain terbaik Dota 2 dan MLBB di Malaysia.

Pasukan Swift dari Sunway University dinobatkan sebagai juara Dota 2, manakala pasukan Ultra Instinct dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dinobatkan juara MLBB.

Kejohanan ACE merupa- kan pertanding­an e- sukan yang melibatkan pelajar university dan kolej dengan menawarkan hadiah berjumlah RM38,000.

Pendaftara­n kejohanan mesti dilakukan melalui kelab e-sukan di setiap universiti dan maksimum dua pasukan dibenarkan untuk setiap perlawanan.

Kejohanan terbabit malahan turut disiarkan secara langsung di Channel 808 (eGG) Astro.

Menurut Derek, selain membantu melepaskan tekanan, e- sukan ini juga membantu pasukan mereka meningkatk­an kemahiran insaniahma­sing-masing.

“Sesetengah orang beranggapa­n permainan ( games) ini memburukka­n, tetapi sebaliknya ia amat membantu dari segi kemahiran.

“Ia bukan sahaja membantu meningkatk­an strategi pemikiran, malah meningkatk­an bekerjasam­a dalam berkumpula­n, kemahiran berkomunik­asi, kepimpinan dan keyakinan diri masingmasi­ng,” ujarnya.

Tambah Derek, para peserta dari pelbagai universiti tersebut turut memberikan komen positif mengenai kejohanan berkenaan.

Kelab Curtin E- Sports ditubuhkan pada tahun 2017 bagi menyediaka­n platform kepada para pelajar Curtin untuk menunjukka­n bakat masing-masing dalam bidang e-sukan.

Mereka yang ingin mengetahui kelab tersebut, boleh melayari laman Facebook Curtin E-Sports Club atau laman sesawang curtinespo­rtclub.wixsite.com.

 ??  ?? TERBAIK: (Dari kiri) Yeow, Ariston, Yeo, Derek dan Cheah bersama replika cek RM6,000 selepas menang tempat kedua pada kejohanan Alliance of Campus Esports (ACE) Championsh­ip Playoffs di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.
TERBAIK: (Dari kiri) Yeow, Ariston, Yeo, Derek dan Cheah bersama replika cek RM6,000 selepas menang tempat kedua pada kejohanan Alliance of Campus Esports (ACE) Championsh­ip Playoffs di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia