Utusan Borneo (Sarawak)

Everrise dan tiga organisasi hulur sumbangan kepada lima badan amal

-

Sempena sambutan ulang tahun ke- 25 Everrise, pasar raya itu dan tiga organisasi lain menghulurk­an sumbangan sebanyak RM36,200 kepada lima badan amal di negeri ini.

Badan- badan amal itu terdiri daripada Pertubuhan Kanser Kanak- Kanak Sarawak (SCCS), Persatuan Talesemia Sarawak ( STS), Persatuan Bagi Orang Buta Sarawak ( SSB), Persatuan Ibu Bapa Kanak-Kanak Keperluan Istimewa Sarawak (PIBAKAT) dan Lembaga Pelawat Rumah Seri Kenangan Kuching.

Kesemua penerima terbabit menerima sumbangan daripada Everrise, TLS Marketing, Colgate-Palmolive dan Moh Heng Company Sdn Bhd pada satu majlis ringkas yang diadakan di Wisma Everrise, Jalan Petanak di sini semalam.

Majlis penyampaia­n sum- bangan disempurna­kan oleh Pengurus Merchandis­ing Pasar Raya Everrise June Lee dan Penolong Pengurus Besar Operasi Pasar Raya Melody Chum.

Turut hadir Pengurus Besar Colgate-Palmolive Lim Kui Seng, Pengurus Jualan Kawasan TLS Marketing Nelly Chua dan Penolong Pengurus Produk Kumpulan Moh Heng Company Jee Soon Tchian.

Program amal bertemakan ‘You Spend We Give’ Everrise bermula 27 Julai hingga 30 September tahun ini menerusi pembelian produk daripada syarikat (penganjur) yang turut serta dengan sebahagian keuntungan disalurkan kepada badan-badan amal tersebut.

Daripada jumah sumbangan itu, SCCS menerima RM7,900, STS (RM7,900) SSB (RM7,900), PIBAKAT ( RM6,250) dan Lembaga Pelawat Rumah Seri Kenangan Kuching (RM6,250).

 ??  ?? PRIHATIN: Lima badan amal yang menerima sumbangan memegang replika cek bersama pihak penganjur semalam. Turut kelihatan, June (tujuh kiri) dan Melody (empat kanan).
PRIHATIN: Lima badan amal yang menerima sumbangan memegang replika cek bersama pihak penganjur semalam. Turut kelihatan, June (tujuh kiri) dan Melody (empat kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia