Utusan Borneo (Sarawak)

KPDNHEP lancarkan SKHMP Krismas untuk Bahagian Bintulu

-

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Bintulu melancarka­n Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Krismas 2018 untuk harga maksimum borong dan runcit barangan harga terkawal khusus untuk Bahagian Bintulu termasuk Tatau dan Sebauh yang berkuat kuasa selama lima hari bermula 23 Disember hingga 27 Disember ini.

Ia membabitka­n harga runcit dan borong ayam hidup 1 kilogram ( kg) RM6.00 dan RM6.70; ayam standard (disembelih dan dibersihka­n berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagianny­a) 1kg RM7.60 dan RM8.50; ayam super (disembelih dan dibersihka­n tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) 1kg RM8.50 dan RM9.50; ayam tua hidup 1kg RM7.10 dan RM7.90; ayam belanda import 1kg RM27 dan RM30; kepak ayam 1kg RM11 dan RM12.

Diikuti daging kambing dan bebiri import bertulang 1kg RM28 dan RM30; telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga 69.9 gram sebiji) 0.37 sen dan 0.39 sen sebiji; telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji) 0.36 sen dan 0.38 sen sebiji; telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji) 0.35 sen dan 0.37 sen sebiji.

Manakala tomato 1kg RM6 dan RM7; lada benggala hijau 1kg RM13 dan RM15; daging babi (perut) 1kg RM17.50 dan RM19.50; daging babi (daging dan lemak)1 kg RM16.50 dan RM18.50.

KPDNHEP mengingatk­an peniaga yang menjual barangan harga terkawal agar tidak melebihi harga maksimum yang ditentukan oleh kerajaan, meletakkan tanda harga merah jambu bagi barang harga terkawal, memastikan bekalan barangan mencukupi di pasaran serta menggunaka­n alat timbang dan sukat yang telah ditentusah­kan.

Sekiranya gagal mematuhi Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011 bagi perseorang­an kesalahan pertama denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000. Kesalahan kedua atau berikutnya denda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu bagi syarikat untuk kesalahan pertama denda tidak melebihi RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000 dan kesalahan kedua serta berikutnya denda tidak melebihi RM1 juta.

Sebarang pertanyaan hubungi dan kunjungi Pejabat KPDNHEP Cawangan Bintulu di Lot 2141, Bintulu Town District, Jalan Tun Razak Bintulu atau hubungi talian 086-332176 dan faksimili di 086-338252 ataupun Pusat Informasi dan Gerakan Strategik (PIGOS) di talian 03- 88826088/ 6245, portal e-aduan kpdnhep di https:// eaduan.kpdnkk.gov.my/,

 ??  ?? LAWATAN KERJA: Sabin (tengah) merakam kenangan bersama pegawai dan kakitangan LHDNM Cawangan Sibu ketika mengadakan lawatan kerja di pejabat Wisma Vasty, semalam.
LAWATAN KERJA: Sabin (tengah) merakam kenangan bersama pegawai dan kakitangan LHDNM Cawangan Sibu ketika mengadakan lawatan kerja di pejabat Wisma Vasty, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia