Utusan Borneo (Sarawak)

83 buat pengisytih­aran amaun cukai tambahan di Sarawak

LHDNM seru pembayar cukai ambil peluang Program Khas Pengakuan Sukarela yang diumumkan pada Belanjawan 2019

- Oleh Florence Nervyn

talian Bebas Tol 1-800-886-800, emel kepada e-aduan@kpdnkk. gov.my, Ez ADU KPDNHEP (aplikasi telefon pintar) ataupun WhatsApp KPDNHEP 019-2794317. SIBU: Seramai 83 pembayar cukai pelbagai kategori di Sarawak telah membuat pengisytih­aran cukai dengan amaun cukai tambahan dan penalti yang ditaksir RM3.2 juta menerusi Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS).

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Datuk Seri Sabin Samitah berkata, kutipan cukai langsung untuk Sarawak sehingga November 2018 ialah RM4.6 bilion, meningkat 1.5 peratus berbanding kutipan pada tempoh sama 2017.

“LHDNM Cawangan Sibu juga menunjukka­n peningkata­n 2.28 peratus atau RM14.36 juta menjadikan kutipan setakat November tahun ini sebanyak RM643 juta,” jelasnya.

Sabin berkata demikian kepada pemberita ketika melakukan lawatan rasmi ke

Kita juga telah mengenal pasti lebih kurang 80,000 individu, syarikat dan perkongsia­n yang mempunyai pendapatan sama ada mereka melaporkan

” atau kurang melaporkan.

pejabat LHDNM Cawangan Sibu di Wisma Vasty di sini, semalam.

Hadir sama pada sidang media ialah Pengarah LHDNM Sarawak Ramlot Keli dan Pengarah LHDNM Cawangan Sibu Dr John Tensay Peter Raig.

Katanya, LHDNM juga telah menghantar e-mel dan surat kepada semua pembayar cukai mengenai PKPS yang diumumkan kerajaan pada pembentang­an Belanjawan 2019 yang lalu.

“Kita juga telah mengenal pasti lebih kurang 80,000 indi- vidu, syarikat dan perkongsia­n yang mempunyai pendapatan sama ada mereka melaporkan atau kurang melaporkan.

“Jadi yang ini kita telah keluarkan surat kepada mereka. Bilangan ini juga adalah termasuk mereka yang berada di Sarawak,” ujarnya.

Menurutnya, LHDNM juga telah menghantar borang 102 dan 103 di bawah Seksyen 79.

Mereka yang telah mendapat surat tersebut dikehendak­i membalas surat tersebut dalam tempoh 30 hari.

Sementara itu, Sabin menyeru semua pembayar cukai yang mempunyai isu pematuhan cukai agar merebut tawaran PKPS.

Program Khas Pengakuan Sukarela yang bermula pada 3 November 2018 dan akan tamat pada 30 Jun 2019 menawarkan kadar penalt yang sangat rendah iaitu hanya 10 peratus dan 15 peratus berbanding kadar penalt asal yang lebih tinggi iaitu 80 peratus sehingga 300 peratus bermula 1 Julai 2019.

Pengakuan sukarela in boleh dibuat di mana-mana pejabat LHDNM di seluruh negara.

Bagi keterangan dan maklumat lanjut, pembayar cuka boleh melawati portal rasm LHDNM di pautan www hasil.gov.my.

Sebarang pertanyaan mengenai pengakuan sukarela in boleh diajukan kepada Hasi Careline di talian 1-800-885436 atau 603-7713 6666 (luar negara) atau e-mel pengakuans­ukarela@hasil.gov.my.

Datuk Seri Sabin Samitah Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia