Utusan Borneo (Sarawak)

Projek komuniti pemandulan kucing, anjing kenakan kadar baharu

-

Kadar baharu dikenakan kepada mereka yang menghantar kucing dan anjing untuk dimandulka­n menerusi projek komuniti yang dikenali sebagai Project Dog And Cat Neutering In Sibu Community bermula Januari 2019.

Pengasas jawatankua­sa Tony Wong berkata, kadar dinaikkan sekitar RM10 berbanding kadar lama, manakala subsidi RM30 masih diberikan sebagai sokongan kepada mereka yang menghantar kucing dan anjing jalanan dan baka tempatan untuk dimandulka­n.

“Kadar baharu pemandulan kucing betina adalah RM90, kucing jantan RM70, anjing betina RM110 dan anjing jantan RM90,” jelasnya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Menurut Tony, seramai 105 ekor kucing dan anjing telah dimandulka­n menerusi projek komuniti yang dijalankan sepanjang tahun ini.

“Kita berterima kasih kepada orang ramai yang pri- hatin untuk menghantar kucing dan anjing mereka dimandulka­n. Ada yang terpaksa ditolak kerana kita hanya menerima kucing dan anjing jalanan yang terbiar serta baka tempatan.

“Tujuan pemandulan dilakukan adalah untuk menerapkan rasa tanggungja­wab di kalangan pemilik kucing dan anjing dan memerangi kezaliman terhadap haiwan,” katanya.

Tony berkata, projek komuniti tersebut ditubuhkan melibatkan penyertaan sekumpulan kecil golongan masyarakat yang menyayangi dan mengambil berat isu-isu yang menimpa haiwan di Sibu.

“Ini adalah sebuah komuniti oleh sekumpulan sukarelawa­n yang berkongsi minat dengan objektif penubuhan jawatankua­sa untuk menerapkan kepentinga­n rasa tanggungja­wab dalam kalangan pemilik haiwan,” jelasnya.

Jawatankua­sa turut disertai Shaw Yu Tay, Dr Wong Lieng Ann ( Central Veterinary Clinic) dan Advocate Orlando SW Chua sebagai penasihat perundanga­n jawatankua­sa.

Tony memberitah­u, projek komuniti pemandulan anjing dan kucing jalanan dan baka tempatan dilakukan pada setiap bulan Januari, Mac, Mei, Julai, September dan November bermula 2018 sehingga 2022.

“Projek komuniti terbuka kepada orang ramai untuk menghantar haiwan peliharaan baka tempatan atau jalanan ke klinik haiwan yang dilantik iaitu Central Veterinary Clinic untuk melakukan prosedur pemandulan,” jelasnya.

Tony berkata, orang ramai boleh terus menghubung­i beliau di talian 016- 8941326 dan Shaw Yu Tay di talian 016-8687671.

“Pendaftara­n untuk tahun ini telah penuh dan kita membuka pendaftara­n untuk tahun depan kepada mereka yang hendak menghantar anjing dan kucing untuk dimandulka­n,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia