Utusan Borneo (Sarawak)

Hidupkan aktiviti tradisi dan budaya demi generasi baharu

Inisiatif wanita kaum Kejaman mempersemb­ahkan nyanyian atau pantun Mu’a sebagai seni yang amat istimewa dipuji

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BELAGA: Pelbagai aktiviti tradisi serta budaya sesuatu kaum perlu diperbanya­kkan agar warisan tradisi itu terus hidup subur serta dikenali oleh generasi baharu.

Menteri Muda Bekalan Air Datuk Liwan Lagang berkata, penganjura­n aktiviti seumpamany­a bukan sahaja dapat memperkena­lkan warisan serta budaya etnik bangsa, malahan mendedahka­n anak- anak muda dengan budaya dan tradisi lama.

Justeru Liwan memuji wanita kaum Kejaman yang mempersemb­ahkan nyanyian atau pantun Mu’a sebagai seni yang amat istimewa yang menuntut daya kreativiti untuk menguasai dan mahir dengan pantun menurut tradisi kaum itu.

“Tidak ramai orang dapat menguasai kepakaran dan kemahiran dalam nyanyian Mu’a, bahkan ramai anak-anak bangsa Kejaman, Sekapan dan Lahanan langsung tidak pandai bermu’a,” ujarnya di majlis perasmian Karnival Sukan dan Kebudayaan Etnik Kejaman 2018 di Dewan Masyarakat Belaga malam kelmarin.

Disebabkan itu beliau

Tidak ramai orang dapat menguasai kepakaran dan kemahiran dalam nyanyian Mu’a, bahkan ramai anak-anak bangsa Kejaman, Sekapan dan Lahanan langsung tidak pandai bermu’a.

Datuk Liwan Lagang Menteri Muda Bekalan Air

menyeru Persatuan Bangsa Kejaman Sarawak ( PBKS) menggunaka­n peluang dalam kemahiran mereka bermu’a untuk mengajar dan mendedahka­n warisan itu kepada generasi baharu kaum mereka.

Sekiranya tidak diajar katanya, generasi baharu kaum itu pada masa akan datang tidak akan tahu apa itu mu’a tetapi hanya pandai membacanya sedangkan seni budaya tradisi itu diolah mengikut susunan.

Mengenai karnival itu katanya, ia bertujuan untuk mengeratka­n hubungan antara ahli-ahli PBKS serta memberi penghargaa­n kepada ahli-ahli yang berbakat dalam pelbagai persembaha­n.

“Majlis itu adalah masa untuk kita mengangkat martabat PBKS sekali gus seluruh etnik Kejaman bekerjasam­a dalam menyokong PBKS.

“Saya amat kagum melihat kerjasama di antara etnik Kejaman malam ini meskipun etnik itu hanya mempunyai dua rumah panjang di daerah ini (Belaga),” katanya.

Beliau berkata, aktiviti sama telah diadakan di Long Segaham satu ketika dahulu diikuti Bintulu dan seterusnya di Belaga memperliha­tkan kerjasama serta perpaduan ahli- ahlinya yang mampu menonjolka­n budaya etnik itu di luar daerah Belaga termasuk negeri ini dan luar negara.

Pada majlis itu, Liwan meluluskan pemberian geran RM10,000untukPB­KSsebagai kegunaan untuk membiayai aktiviti-aktiviti berkaitan.

Dalam pada itu, Pengerusi PBKS Ekot Ejui berterima kasih kepada pelbagai pihak yang membantu menjayakan aktiviti-aktiviti sukan dan kebudayaan etnik itu, antaranya, mainan tradisinya Nyeput, Main Ka’Cing, Bei Galung Gwai, Ngati Wai, Muwng Kazeu Langut, Jalan Bau Arauk, Bei Lecung, Main Anap, Katin Avit Jala, Pejab Upa’ Wai, Ngucup Ineuk, Suwei, Kesut, Gadaeng Taweak, Ngalagei Gan, Lalu, Mu’a, Medeak Tuwng, Medeak Biduk, Selingut, Sape dan Ngajat.

Empat tahun lepas, PBKS telah berjaya menarik penyertaan teramai dalam tarian Sway dari dua rumah panjang Kejaman Neh sekali gus berjaya mencatat nama dalam Malaysia Book Of Records (MBR) pada 2015.

Turut hadir di majlis itu ialah Setiausaha Politik Ketua Menteri Michael Mujah Lihan Temenggung Ajang, Pemanca Unak Akah, Penghulu Jackson Kubang, Penghulu Awang Robat, Penghulu Luhat Anyup, Kapitan Teo Hee Tong dan MU Sylvia Senah Lasah.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Liwan (empat kiri) menerima cenderamat­a daripada Ekot sambil disaksikan Penghulu Jackson (tiga kiri).
PENGHARGAA­N: Liwan (empat kiri) menerima cenderamat­a daripada Ekot sambil disaksikan Penghulu Jackson (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia