Utusan Borneo (Sarawak)

Belia dipelawa sertai PUBG Mobile E-Sport Challenge Sibuti, 22 Dis ini

-

MI R I : Sepurau Satap Venture ( SSV) dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat ( PHWR) Sibuti dan The Royal Gaming mempelawa golongan belia menyertai Playerunkn­own’s Battlegrou­nds (PUBG) Mobile E-Sport Challenge Sibuti, 22 Disember ini.

Setiausaha SSV Hamdan Talip berkata, ia adalah pertanding­an edisi kedua selepas kejayaan penganjura­n edisi pertama sempena ambang Hari Malaysia, September lalu.

“K e j o h a n a n s u k a n e l e k t r o n i k ( e - S u k a n ) menggunaka­n telefon pintar ini akan berlangsun­g di Dewan Masyarakat Bekenu dengan mempertaru­hkan kategori Skuad dan Duo,” katanya kepada Utusan Borneo, semalam.

Hamdan berkata, keduadua kategori itu menawarkan hadiah lumayan kepada pemenang, bahkan pemenang hingga tempat kesepuluh tidak pulang dengan tangan kosong.

Bagi kategori Skuad, juara akan menerima RM800, sementara naib juara dan tempat ketiga masing-masing menerima RM500 dan RM300.

Bagi kategori Duo, juara menerima RM500, manakala naib juara dan tempat ketiga menerima RM300 dan RM200.

Yuran bagi kategori Skuad ialah RM80, manakala RM40 bagi kategori Duo dan penyertaan masih dibuka menjelang hari pertanding­an.

“Kita menyasarka­n sebanyak 75 pasukan masing-masing 25 pasukan bagi kategori Skuad dan 50 pasukan bagi Duo. Mereka yang berminat boleh berhubung dengan kami,” ujarnya.

Majlis itu perasmian pertanding­an dijangka disempurna­kan oleh Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni.

Sementara itu, permainan video tersebut telah menjadi aktiviti yang diiktiraf di peringkat global dan diminati ramai.

Jelasnya, penganjura­n pertanding­an itu dapat mengasah bakat-bakat peserta baharu dan pemain handalan yang boleh diketengah­kan ke pertanding­an lebih besar.

“Saya berharap peserta mencapai kejayaan sehingga ke tahap liga profesiona­l dan akan membentuk sebuah sistem industri yang memberi kebaikan kepada semua yang terlibat,” ujarnya.

Untuk keterangan lanjut, boleh menghubung­i Hamdan Talip menerusi talian 0165891175 atau Shahidin Tassan (011-31895215).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia