Utusan Borneo (Sarawak)

Karnival Usahawan AIM Betong diharap tingkat ekonomi setempat

-

Karnival Usahawan AIM Betong 2018 diharap terus memberi impak serta kesan rantaian kepada pembanguna­n ekonomi rakyat setempat.

Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata, ini seterusnya menjadi platform kepada peniaga kecil di peringkat desa agar terus berjaya dalam skop perniagaan yang lebih besar.

“Perkara ini saya yakin mampu menjadi platform yang berkesan bagi mewujudkan hubungan kerjasama strategik antara usahawan, pemborong, pemasar, institusi kewangan dan pembiayaan serta agensi kerajaan yang terlibat dalam pembanguna­n usahawan desa.

“AIM telah berjaya mengubah landskap ekonomi desa dan sangat menyokong program sebegini demi manfaat bersama khusus dalam membantu kerajaan mencapai misi rakyat berpendapa­tan tinggi,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Abang Zulkifli Abang Engkeh pada Majlis Perasmian Karnival Usahawan AIM Betong di Dewan Panglima Rentap, Betong baru baru ini.

AIM Cawangan Betong melalui Kelab Usahanita Ikhtiar Betong (KUIB) antara yang terbaik dalam pengurusan kewangan di mana sejak 2014 kesemua sahabat AIM telah membuat pembayaran pinjaman AIM dengan cemerlang tanpa gagal.

Beliau turut menyeru agar masyarakat desa di Betong melalui AIM dapat bekerjasam­a menceburi bidang pertanian moden yang berkonsepk­an fertigasi dan hidroponik­keranaamat­mudah mendatangk­an hasil yang jauh lebih lumayan berbanding pertanian tradisi.

“Mengambil contoh sayuran hutan seperti pucuk midin boleh dikomersia­lkan sehingga keluar negara,” katanya lanjut.

Begitu juga dengan konsep hidroponik, mungkin sebelum ini alasan kita untuk tidak bercucuk tanam adalah kerana tiada tempat atau tanah, namun hari ini semua alasan tersebut tidak dapat diguna pakai kerana melalui konsep hidroponik pelbagai jenis tanaman dapat diusahakan, tegas beliau.

Namun demikian, beliau mengakui kesemuanya tidak akan dapat dilaksanak­an dengan jayanya jika minda para usahawan terutama dikalangan sahabat AIM tidak ditransfor­masi.

“Apa yang penting ialah kesediaan para sahabat AIM untuk berubah mengikut arus kemodenan dan permintaan semasa serta bersedia untuk menghadiri pelbagai kursus anjuran AIM dan pelbagai agensi lain.

“Sahabat AIM harus memperheba­t kreativiti dan inovasi dalam penghasila­n produk dan perkhidmat­an berkualiti; memaksimum­kan penggunaan teknologi dan digital dalam perniagaan; dan memperting­kat daya saing dan memperkuku­h daya tahan dalam menghadapi landskap ekonomi baharu.

“Ia harus mengubah persepsi bukan sekadar berniaga untuk menyara keluarga, namun perlu pergi lebih jauh ke satu tahap yang cukup membanggak­an melangkaui sempadan negara hingga ke peringkat global,” katanya.

Beliau turut menambah semuanya tidak mustahi jika DNA keusahawan­an itu dilaksanak­an bersama dengan kerajaan hari in yang menyediaka­n pelbaga kemudahan kepada usahawan desa melalui Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar selain Kementeria­n Pertanian jadi masyarakat seharusnya mengambil peluang ini untuk membangunk­an ekonom melalui tunjuk ajar AIM.

Turut diadakan pada program yang dihadiri oleh para sahabat AIM, pengurus pengurus Blok AIM, AJK Kelab Usahanita Ikhtiar Betong dan para jemputan ialah pelbagai jenis sukaneka bagi mengeratka­n sillaturah­im dan gerai jualan.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengarah Operasi Zon AIM Sarawak Mohd Khairul Amri, Pengurus Wilayah Tengah AIM Haryat Dahari, Pengurus AIM Cawangan Betong merangkap Penasihat Kelab Usahanita Ikhtiar Betong (KUIB) Zaliha Abu Bakar, Pegawai Eksekuti Pembanguna­n Usahawan AIM Wilayah Tengah Mohd Zamirul Kifli dan Pengerus Kelab Usahanita Betong (KUIB) Jerinah Arshad.

 ??  ?? RASMI: Abang Zulkifli memotong reben sebagai simbolik perasmian Karnival Usahawan AIM Betong, baru-baru ini.
RASMI: Abang Zulkifli memotong reben sebagai simbolik perasmian Karnival Usahawan AIM Betong, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia