Utusan Borneo (Sarawak)

Santa Run Press Metal raih kutipan RM185,403

-

Santa Run Press Metal 2018 yang ke-6 yang diadakan di Taman Perindustr­ian Samalaju (SIP), baru-baru ini telah berjaya meraih kutipan berjumlah RM185,403.

Hasil kutipan daripada larian itu telah disumbangk­an kepada empat organisasi serta badan amal di negeri ini iaitu Children Methodist Home, Pertubuhan Pemulihan dalam Komuniti ( PDK) Bintulu, Wad Kanak-Kanak Hospital Bintulu dan Persatuan Autisme Mukah.

Acara berkenaan disertai lebih 1, 200 peserta termasuk warga Press Metal sendiri.

Berucap dalam acara berkenaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju Majang Renggi melahirkan penghargaa­n serta terima kasih kepada Press Metal atas usaha murni syarikat dalam melaksanak­an program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) yang banyak memberikan manfaat buat masyarakat setempat.

“Press Metal telah melakukan yang terbaik dalam penganjura­n penganjura­n setiap program CSR, sekali gus menjadikan­nya antara syarikat perindustr­ian yang bukan hanya mementingk­an aspek keuntungan sematamata, malah memberikan sumbangan kepada komuniti setempat, “ujarnya.

Justeru beliau mengharapk­an agar lebih banyak lagi syarikat perindustr­ian di bahagian ini menjalanka­n program sama buat komuniti setempat dalam berusaha meningkatk­an taraf kehidupan mereka dari masa ke masa.

Terdahulu Pengurus Besar Press Metal Choa Wei Keong, berkata, acara larian sebegini antara platform terbaik bagi membolehka­n Press Metal menjalin kerjasama erat dengan badan bukan kerajaan ( NGO), syarikat korporat serta orang perseorang­an yang sentiasa memberikan sokongan terhadap program CSRnya.

Dalam masa sama, program sebegini amat berkesan bagi menjadikan warga kerja Press Metal sihat dari segi mental dan fizikal, sekali gus membolehka­n mereka bekerja dengan baik serta mempunyai daya produktivi­ti yang tinggi.

 ??  ?? TERIMALAH: Choa (tiga kiri) menyampaik­an sumbangan kepada wakil Methodist Children Home sambil disaksikan Majang (tengah) serta hadirin.
TERIMALAH: Choa (tiga kiri) menyampaik­an sumbangan kepada wakil Methodist Children Home sambil disaksikan Majang (tengah) serta hadirin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia