Utusan Borneo (Sarawak)

Karnival Belia DUN Pantai Damai akan jadi acara tahunan: Dr Abdul Rahman

-

Karnival Belia DUN Pantai Damai akan menjadi acara tahunan dan diteruskan pada tahun depan sebagai platform untuk bersukan serta beriadah.

Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, penganjura­n tahun depan bakal dianjurkan pada bulan Februari sebagai usaha menyediaka­n pasukan untuk menyertai karnival belia dan sukan anjuran Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak ( SABERKAS) Negeri.

“Saya bersetuju agar penganjura­n karnival pada tahun depan. Kita mungkin adakan pada bulan Februari bagi melengkapk­an pasukan

“Kejayaan penganjura­n karnival edisi pertama tahun ini membuktika­n generasi muda di Pantai Damai amat memerlukan wadah untuk mengetenga­hkan bakat mereka,” katanya berucap pada Majlis Penangguha­n Karnival Belia DUN Pantai Damai 2018 di sini, baru-baru ini.

Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai menjelaska­n, penganjura­n karnival seperti itu juga mampu menarik minat lebih ramai anak muda untuk turut serta.

“Secara tidak langsung peserta terlibat dapat mengeratka­n silaturahi­m antara mereka selain mencungkil bakat baharu yang boleh diketengah­kan ke peringkat tertinggi,” ujarnya.

Bukan itu sahaja jelasnya, pemimpin pelapis juga mampu dilahirkan menerusi karnival seperti itu kerana mereka turut sama melontarka­n idea.

Sementara itu, Dr Abdul Rahman yang juga Naib Presiden SABERKAS mahu melihat setiap kampung di kawasan DUN Pantai Damai mempunyai unit SABERKAS.

“Daripada 42 kampung dan taman perumahan, setakat ini hanya terdapat 24 unit d kawasan kita.

“Kita berharap dalam tempoh setahun atau dua tahun akan datang, bilangan uni SABERKAS di Pantai Dama dapat ditambah,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia