Utusan Borneo (Sarawak)

Rosmah kekalkan pengakuan tidak bersalah 17 pertuduhan

Isteri bekas PM minta dibicaraka­n pada sebutan kali pertama kes

-

KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor yang menghadapi 17 pertuduhan membabitka­n pengubahan wang haram berjumlah lebih RM7 juta dan gagal mengemukak­an penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN), semalam mengekalka­n pengakuan tidak bersalah atas kesemua tuduhan itu di Mahkamah Tinggi, di sini.

Rosmah, 67, yang memakai baju kurung dan selendang serba merah jambu mengangguk faham selepas jurubahasa wanita membacakan setiap pertuduhan, dan ketika ditanya sama ada Rosmah mengaku bersalah atau tidak, isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata: “Minta bicara”.

Semalam merupakan sebutan kali pertama kes itu di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan selepas kes itu dibenarkan dipindah dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Ketika pertuduhan ke-14 dibacakan, jurubahasa itu tersasul memberitah­u Rosmah mengaku bersalah menyebabka­n Rosmah dan semua yang berada di dalam mahkamah terkejut namun sebaik menyedari kesilapann­ya wanita itu segera memohon maaf kepada mahkamah dan berkata “tertuduh mohon bicara”.

Rosmah pada mulanya memandang peguamnya Datuk K. Kumaraendr­an yang berdiri berhampira­nnya di luar kandang tertuduh namun selepas jurubahasa membetulka­n semula pengakuann­ya, Rosmah dilihat mengangguk dan tersenyum.

Terdahulu, bekas Hakim Mahkamah Persekutua­n yang dilantik menjadi Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram memohon tarikh sebutan baharu bagi pengurusan kes selanjutny­a.

Sri Ram berkata pada tarikh berkenaan, pihaknya akan membuat permohonan secara lisan untuk kes itu dibicaraka­n bersama dengan satu lagi kes yang dihadapi Rosmah iaitu dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak, dua tahun lepas.

Sri Ram yang juga peguam terkenal turut memaklumka­n bahawa dokumen berkaitan kes itu akan diserahkan kepada pihak pembelaan selengkapn­ya bulan depan.

Mahkamah menetapkan 25 Januari 2019 untuk sebutan semula kes.

Turut kelihatan di galeri awam mahkamah semalam ialah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya Mohd Ashman.

Pada 4 Oktober lepas, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 12 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal menyerahka­n penyata pendapatan kepada LHDN.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148 Jalan Ampang di sini, antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Rosmah didakwa mengikut Seksyen 4( 1)( a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang lima kali ganda nilai aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Atas pertuduhan berkaitan LHDN, Rosmah didakwa gagal mengemukak­an penyata pendapatan seperti mana yang diperuntuk­kan Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018 dengan tiada sebab yang munasabah yang bertentang­an dengan Seksyen 112 akta sama. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HADAPI TUDUHAN: Rosmah ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta bagi mendengar sebutan semula kesnya berhubung 17 pertuduhan membabitka­n pengubahan wang haram berjumlah lebih RM7 juta dan gagal mengemukak­an penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
— Gambar Bernama HADAPI TUDUHAN: Rosmah ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta bagi mendengar sebutan semula kesnya berhubung 17 pertuduhan membabitka­n pengubahan wang haram berjumlah lebih RM7 juta dan gagal mengemukak­an penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia