Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu tunggal dipenjara 30 bulan miliki dadah Methamphet­amine

-

Seorang ibu tunggal dihukum penjara 30 bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam atas pertuduhan memiliki dadah jenis Methamphet­amine, dua tahun lepas.

Pesuruhjay­a Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Shahir Mohd Salleh menjatuhka­n hukuman ke atas Teoh Lay Lean, 43, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Terdahulu, Teoh diarah membela diri terhadap pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie terhadap tertuduh pada akhir kes pendakwaan.

Tertuduh, kemudian menukar pengakuan kepada bersalah selepas mendapat nasihat daripada peguam yang mewakiliny­a, Benjamin Tan, sebelum pertuduhan itu dibacakan semula oleh jurubahasa dalam bahasa Hokkien.

Mengikut kertas pertuduhan, Teoh didakwa memiliki dadah jenis methamphet­amine seberat 8.07 gram di tepi Jalan Van Praagh, di sini pukul 8.00 malam, 29 Sept 2016.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A( 1) akta sama yang membawa hukuman penjara antara dua hingga lima tahun serta tiga hingga sembilan sebatan jika sabit kesalahan.

Semasa rayuan, peguam tertuduh merayu hukuman ringan atas alasan anak guamnya telah direman sejak 29 Sept 2016 dan menjimatka­n masa serta kos semua pihak selepas menukar pengakuan.

“Tertuduh direman kirakira dua tahun tiga bulan dan berikutan itu dia telah kehilangan kerja sebagai eksekutif akaun. Tertuduh turut menyara seorang anak lelaki dan ibu berusia 63 tahun yang juga mengalami masalah tulang belakang.

“Walaupun sebelum ini tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan ini, namun selepas mengambil kira keputusan mahkamah yang melepas dan membebaska­n terhadap dua lagi pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, dia mengambil peluang ini untuk mengaku bersalah,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Irwan Suaibon kemudianny­a memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Mahkamah kemudian menjatuhka­n hukuman penjara 30 bulan terhadap tertuduh dan memerintah­kan hukuman itu dijalankan bermula dari tarikh tangkap pada 29 Sept 2016.

Sementara itu, mahkamah turut melepas dan membebaska­n Teoh terhadap dua lagi pertuduhan mengedar dan memiliki dadah jenis methapheta­mine, dua tahun lepas setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie terhadapny­a pada akhir kes pendakwaan.

Teoh didakwa mengedar dadah jenis methamphet­amine seberat 74.7 gram di rumah 9A-12-13 Taman Kheng Tian Jalan Van Praagh di sini puku 8.30 malam, 29 Sept 2016.

Dia dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori, jika sabi kesalahan.

Teoh turut didakwa memiliki dadah jenis Methamphet­amine seberat 45.17 gram d tempat, masa dan tarikh yang sama.

Untuk kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1852 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun atau seumur hidup dan tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIDENDA: Nur Sajat didenda RM2,700 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan gagal mengemukak­an penyata Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) kepada Ketua Pengarah Kastam Malaysia
— Gambar Bernama DIDENDA: Nur Sajat didenda RM2,700 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan gagal mengemukak­an penyata Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) kepada Ketua Pengarah Kastam Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia