Utusan Borneo (Sarawak)

Kes saman fitnah Sultanah Nur Zahirah terhadap Clare ditetapkan 30 Jan

-

Mahkamah Tinggi semalam menetapkan 30 Jan hadapan untuk pengurusan kes saman difailkan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah terhadap pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dan dua lagi berhubung kenyataan fitnah dalam buku ‘The Sarawak Report – The Inside Story of the 1MDB Expose’.

Peguam Vishu Kumar, yang mewakili Sultanah Nur Zahirah ketika ditemui pemberita berkata tarikh itu ditetapkan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim ketika sebutan kes itu di dalam kamarnya semalam.

Vishu, yang juga menyebut bagi pihak peguam mewakili Clare berkata mahkamah turut mengarahka­n kedua-dua pihak untuk memfailkan dokumen berkaitan sebelum tarikh pengurusan kes berk- enaan.

Peguam itu juga memaklumka­n bahawa pihak defendan telah memfailkan penyataan pembelaan mereka pada 5 Dis lepas.

Sultanah Nur Zahirah, selaku plaintif memfailkan saman itu pada 21 Nov lepas dengan menamakan Clare atau nama sebenarnya Clare Louis Brown, penerbit Gerakbuday­a Enterprise Chong Ton Sin dan pencetak Vinlin Press Sdn Bhd sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Berdasarka­n writ saman dan penyata tuntutan yang diperoleh melalui carian sistem mahkamah, Sultanah Nur Zahirah mendakwa Clare mengeluark­an kenyataan dalam buku bertajuk ‘The Sarawak Report-The Inside Story of the 1MDB Expose’ sekitar Ogos lepas dan buku berkenaan dicetak oleh Vinlin.

Sultanah Nur Zahirah mendakwa kenyataan fitnah itu membawa maksud bahawa plaintif terlibat dalam amalan rasuah dan mencampuri urusan pentadbira­n negeri Terengganu serta menggunaka­n peranannya untuk mempengaru­hi penubuhan Terengganu Investment Authority (TIA) dan menolong Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho bagi mendapatka­n peranan sebagai penasihat di TIA.

Dakwanya, kenyataan itu adalah fitnah kerana plaintif tidak pernah melibatkan diri dengan urusan pentadbira­n Kerajaan Negeri dan penubuhan TIA selain mendakwa kenyataan itu memalukan dan menjatuhka­n reputasi plaintif pada pandangan masyarakat.

Sultanah Nur Zahirah bertitah adalah suatu fakta diketahui umum bahawa 1Ma- laysia Developmen­t Berhad (1MDB) sebelum ini dikenali sebagai TIA.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta daripada setiap defendan dan menuntut defendan kedua menarik balik buku yang mengandung­i kenyataan fitnah itu serta memohon defendan ketiga menghenti pencetakan lanjut salinan buku berkenaan.

Dalam penyataan pembelaan, ketiga- tiga defendan menafikan ada membuat tuduhan bahawa plaintif terbabit dengan amalan rasuah.

Clare juga mendakwa Sarawak Report tidak pernah mencadangk­an plaintif terlibat dalam konspirasi membabitka­n Jho Low dan tidak mencadangk­an plaintif terlibat dalam pentadbira­n kerajaan dalam urusan 1MDB. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia