Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga pekerja cedera terkena renjatan elektrik di Kamunting

-

Tiga pekerja sebuah syarikat kontraktor pemasangan kabel cedera dan melecur akibat terkena renjatan elektrik di hadapan sebuah kilang di Kawasan Perusahaan Kamunting dekat sini pagi semalam.

Mangsa Ahmad Nor Fitri Saidin, 21; G, Muniandy, 39, dan Mohd Syawal Che Rose, 30; masing-masing melecur antara 10 hingga 50 peratus di beberapa bahagian anggota badan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting Muhamad Yassir Adnan berkata ketika kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, semua mangsa sedang menggali lubang untuk pemasangan kabel sebuah syarikat utiliti.

“Ketika sampai didapati ketiga- tiga mangsa cedera dan telah diberikan rawatan oleh Perkhidmat­an Perubatan Kecemasan sebelum ambulans tiba,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Muhamad Yassir berkata semua mangsa dihantar ke Hospital Taiping untuk mendapatka­n rawatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Taib berkata 12 pekerja daripada sebuah syarikat iaitu kontraktor yang dilantik Tenaga Nasional Berhad ( TNB) telah menjalanka­n kerja- kerja korek lubang untuk kabel TNB dengan menggunaka­n dua jengkaut di hadapan kilang terbabit, kira-kira jam 10 pagi.

Dalam kenyataan semalam, beliau berkata tiga pekerja yang berada enam kaki dari jentera itu terkena percikan api apabila kabel hidup TNB terkena korekan yang dibuat oleh jentera tersebut.

Pihak kontraktor katanya, tidak mengetahui lokasi kedudukan tanda amaran kabel hidup tersebut.

Beliau berkata ekoran insiden itu, TNB memaklumka­n berlaku gangguan bekalan elektrik di kawasan industri Kamunting. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MEMASANG KABEL: Beberapa pekerja kontrak memasang kabel dalam tanah milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) setelah tiga pekerja lelaki terkena renjatan elektrik dalam kejadian di hadapan sebuah kilang di Kawasan Perusahaan Kamunting, Taiping, semalam.
— Gambar Bernama MEMASANG KABEL: Beberapa pekerja kontrak memasang kabel dalam tanah milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) setelah tiga pekerja lelaki terkena renjatan elektrik dalam kejadian di hadapan sebuah kilang di Kawasan Perusahaan Kamunting, Taiping, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia