Utusan Borneo (Sarawak)

‘Macau Scam’ tipu ahli perniagaan RM6.7 juta

Penipuan membabitka­n jumlah yang paling besar tahun ini, orang ramai jangan mudah terperdaya

-

KOTA BHARU: Seorang ahli perniagaan berusia dalam lingkungan 70-an dari Kuala Krai, kerugian sebanyak RM6.7 juta selepas menjadi mangsa sindiket penipuan ‘Macau Scam’.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu di sini, selepas menyedari dirinya ditipu.

Beliau berkata mangsa terperdaya selepas mendapat panggilan daripada individu yang menyamar sebagai kaki- tangan mahkamah dan mengatakan mangsa mempunyai satu kes mahkamah yang belum diselesaik­an.

Katanya, individu itu kemudian memaklumka­n mangsa mempunyai satu kes mahkamah yang menggunaka­n identitiny­a bagi mendaftar satu perniagaan di Johor, namun mangsa menafikan.

“Individu berkenaan kemudianny­a menyambung­kan mangsa kepada seseorang kononnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

“Individu itu memberitah­u mangsa kes itu sedang disiasat dan perlu hadir ke mahkamah. Disebabkan bimbang, mangsa kemudianny­a membuat beberapa transaksi ke dalam akaun bank yang diberi sindiket dalam jumlah antara RM80,000 hingga RM500,000 bermula Oktober lalu hingga semalam ( kel- marin),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksika­n Majlis Serah Terima Tugas Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan, DSP Ahmad Arifin kepada ketua jabatan yang baharu, Supt Ahmad Azizul Mohamed.

Mengulas lanjut Hasanuddin berkata, transaksi yang dibuat berjumlah RM6.7 juta dengan transaksi pertama sebanyak RM500,000 sebelum mangsa membuat laporan polis.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Penipuan membabitka­n jumlah ini adalah paling besar tahun ini dan kita menasihatk­an orang ramai supaya berhati-hati dan jangan mudah terperdaya dengan ancaman palsu serta sindiket penipuan termasuk menerusi panggilan telefon.

“Kita minta orang ramai maklumkan kepada polis bagi mengelakka­n mereka kerugian. Dalam kes ini kemungkina­n mangsa yang sudah berusia mudah tertipu,” katanya. — Bernama

Kita minta orang ramai maklumkan kepada polis bagi mengelakka­n mereka kerugian. Dalam kes ini kemungkina­n

“mangsa yang sudah berusia mudah tertipu.

Datuk Hasanuddin Hassan

Ketua Polis Kelantan

 ?? — Gambar Bernama ?? BUNGKUSAN DADAH: Johari (dua kiri) menunjukka­n dua bungkusan dadah jenis Methamphet­amine yang dirampas dari seorang wanita Thailand pada sidang media di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS) , Ahad lepas.
— Gambar Bernama BUNGKUSAN DADAH: Johari (dua kiri) menunjukka­n dua bungkusan dadah jenis Methamphet­amine yang dirampas dari seorang wanita Thailand pada sidang media di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS) , Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia