Utusan Borneo (Sarawak)

Kastam rampas Methamphet­amine bernilai RM121,000 di Bukit Kayu Hitam

-

BUKIT KAYU HITAM: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah menahan seorang suri rumah warga Thailand serta merampas dadah jenis Methamphet­amine seberat 2.20 kilogram (kg) bernilai kira-kira RM121,000 di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS), di sini, pada petang Ahad lepas.

Pengarah Kastam negeri Datuk Johari Alifiah berkata, suspek berusia 45 tahun itu ditahan kira- kira jam 1.24 petang sejurus mesin pengimbas bagasi di laluan pejalan kaki berjaya mengesan imej meragukan di dalam beg pa- kaian berwarna hitam milik suspek.

“Pegawai kastam yang membuat pemeriksaa­n di dalam beg itu menemui dua bungkusan berbalut pita pelekat warna coklat yang diliputi kertas keras warna kelabu di bahagian dalam di tepi kedua-dua beg yang turut mengandung­i pakaian.

“Bungkusan yang mengandung­i serbuk putih yang disyaki dadah jenis Methamphet­amine dengan anggaran berat 2.20kg kemudian dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Katanya, siasatan menda- pati, suspek juga baharu pertama kali memasuki negara ini dan tidak menolak kemungkina­n dijadikan keldai dadah oleh sindiket tertentu.

“Semakan pasport perjalanan suspek mendapati suspek melakukan perjalanan dari Bangkok ke Hatyai sebelum ke kompleks ICQS untuk memasuki negara ini.

“Kita sedang siasat di mana dadah itu diperoleh dan ke mana dadah itu akan dibawa untuk diedarkan dan saya anggap ia satu kes yang sangat serius kerana suspek melalui laluan bagasi bersama penumpang lain,” katanya.

Katanya, suspek yang memiliki tiga orang anak itu kini ditahan direman selama 11 hari bermula 17 Disember lalu untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntu­kkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia