Utusan Borneo (Sarawak)

6,292 orang kembali bekerja melalui SIP

SIP mesra rakyat kerana mengetenga­hkan konsep pengurusan kes secara individu

-

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) berjaya menempatka­n seramai 6,292 orang kembali semula bekerja dalam pelbagai bidang dan industri sejak Ogos lepas sehingga kini melalui perkhidmat­an carian pekerjaan di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar berkata perkhidmat­an carian pekerjaan yang disediakan di bawah SIP lebih mesra rakyat kerana mengetenga­hkan konsep pengurusan kes secara individu yang mana setiap pencari kerja dibantu oleh seorang pegawai perkhidmat­an pekerjaan.

“Pegawai perkhidmat­an pekerjaan ini akan membuat penilaian, sokongan pekerjaan, pelan perancanga­n pekerjaan, kaunseling kerjaya dan pemadanan pekerjaan bagi membantu orang berinsuran­s kembali bekerja secepat mungkin,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Faedah Penuh SIP dan Mini Job Hunt 2.0 di Wisma PERKESO semalam.

Beliau berkata sehingga kini sebanyak RM16.45 juta faedah interim telah diberi oleh PERKESO kepada pekerja yang disahkan kehilangan pekerjaan dan layak menerima bantuan interim.

“Sejak Sistem Insurans

Sejak Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) ini diperkenal­kan pada 1 Jan 2018 hingga 14 Dis 2018, SIP telah menerima permohonan bantuan interim daripada

” 22,268 pekerja yang hilang pekerjaan.

Datuk Mahfuz Omar

Timbalan Menteri Sumber Manusia

Pekerjaan (SIP) ini diperkenal­kan pada 1 Jan 2018 hingga 14 Dis 2018, SIP telah menerima permohonan bantuan interim daripada 22,268 pekerja yang hilang pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata mereka yang hilang pekerjaan dari 1 Jan hingga 31 Dis 2018, layak menerima bantuan interim sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh maksimum tiga bulan.

“Bagaimanap­un, bagi pekerja yang hilang pekerjaan mulai 1 Dis 2018 dan telah cukup mencarum minimum sebanyak 11 bulan caruman, layak menuntut faedah penuh SIP (fullfledge) seperti Elaun Mencari Pekerjaan (EMP), Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA) dan Elaun Pendapatan Berkuranga­n (EPB),” katanya.

Justeru, Mahfuz berkata untuk membuat tuntutan faedah EMP bagi bulan kedua, ketiga dan seterusnya, Orang Berinsuran­s disyaratka­n supaya terus aktif mencari kerja dengan mendaftar di mana-mana portal pekerjaan atau memohon kerja terus kepada majikan atau mengikuti program temu duga yang diaturkan oleh Perkeso.

“Saya ingin mengingatk­an supaya pekerja yang kehilangan pekerjaan tampil membuat permohonan bantuan SIP secara dalam talian di www. perkeso.gov.my/sip atau hadir ke mana-mana 54 pejabat PERKESO yang berdekatan.

“Tuntutan bantuan SIP hendaklah dikemukaka­n dalam tempoh 60 hari dari tarikh hilang pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata sektor perkilanga­nmencatatk­ankategori­industri tertinggi kehilangan pekerjaan iaitu sebanyak 7,138 orang (32.1 peratus), diikuti oleh sektor pembinaan 1,933 orang (8.7 peratus) dan sektor kewangan sebanyak 1,754 orang (7.9 peratus).

Mahfuzberk­atakategor­ipekerjaan Perkerania­n dan Pekerja sokonganme­ncatatkank­ehilangan pekerjaan tertinggi iaitu sebanyak 4,089 orang (18.4 peratus), diikuti Jualan dan Perkhidmat­an sebanyak 3,807 (17.1 peratus) dankategor­iProfesion­alsebanyak 3,671 (16.5 peratus).

Mahfuz berkata bagi mereka yang sedang menerima EMP dan masih belum berjaya mendapat pekerjaan, dikehendak­i melaporkan kepada Perkeso bagi melayakkan mereka membuat tuntutan EMP bagi bulanbulan berikutnya.

Pada majlis itu, Perkeso menyerahka­n cek EMP bag bulan pertama berjumlah antara RM1,700 sehingga RM3,160 kepada 25 orang kumpulan pertama penerima faedah penuh SIP, bergantung kepada kadar caruman bulanan mereka.

Selain itu, sebanyak 376 jawatan kosong dalam pelbagai kategori pekerjaan telah ditawarkan untuk membantu pencari kerja mendapatka­n pekerjaan melalu program Mini Job Hunt 2.0 yang diadakan semalam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TELITI: Nur Fazira Kamaludin (kanan) membantu peserta Syed Firdaus Syed Tajul Ariffin,23 (kiri) mengakses ujian personalit­i pada Majlis Penyampaia­n Faedah Penuh Sistem Insurans Pekerjaan (SIP dan Mini Job Hunt 2.0 di Wisma Perkeso semalam.
— Gambar Bernama TELITI: Nur Fazira Kamaludin (kanan) membantu peserta Syed Firdaus Syed Tajul Ariffin,23 (kiri) mengakses ujian personalit­i pada Majlis Penyampaia­n Faedah Penuh Sistem Insurans Pekerjaan (SIP dan Mini Job Hunt 2.0 di Wisma Perkeso semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia