Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Mahathir dan menteri kabinet luang masa naik cruise di Tasik Putrajaya

-

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama-sama para menteri kabinet semalam meluangkan masa menaiki cruise mengelilin­gi Tasik Putrajaya dalam satu majlis makan tengah hari di sini.

Barisan kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan itu meluangkan masa kira-kira 90 minit menghayati suasana keindahan Putrajaya menerusi pelayaran menelusuri tasik seluas 650 hektar.

Jamuan makan tengah hari di atas cruise itu dianjurkan oleh Menteri Wilayah Persekutua­n, Khalid Abdul Samad selepas mesyuarat kabinet. Turut serta Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

Perdana Menteri turut mengambil kesempatan menjelaska­n kepada hadirin mengenai sejarah serta ciri- ciri pembanguna­n dan keindahan yang dimiliki Putrajaya.

“Nampak cantiknya Putrajaya ini kalau kita melihatnya dari tasik dengan menaiki bot,” katanya.

Wilayah pentadbira­n Putrajaya dibangunka­n ketika era pemerintah­an Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri keempat.

Jelasnya konsep pembanguna­n Putrajaya sebenarnya adalah idea bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Elyas Omar.

“Konsep Putrajaya ini bukanlah daripada saya tetapi daripada Elyas yang mahukan tempat untuk membangunk­an satu pusat pentadbira­n kerajaan yang mana keseluruha­n bangunan adalah untuk pejabat kerajaan.

“Kita bercadang untuk bangunkan di Janda Baik, Pahang tetapi terdapat sedikit masalah dan kita telah memilih kawasan antara Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya.

Dr Mahathir berseloroh: “Oleh itu, (Putrajaya) ini dekat dengan Kuala Lumpur dan kalau saya nak lari, saya boleh lari ke KLIA sebab ada orang kata kononnya ada terowong dari rumah Perdana Menteri ke KLIA supaya saya boleh lari.. tapi saya tak lari la.

“Saya percaya semua orang yang datang ke sini amat terpegun dan mereka beritahu saya sedemikian kerana mereka juga berharap dapat memiliki sesuatu seperti ini dan sesetengah mereka juga cuba membina pusat pentadbira­n mereka sendiri,” katanya.

Kerajaan Pakatan Harapan berjaya mengambil alih tampuk pemerintah­an persekutua­n selepas menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14. — Ber-

 ?? — Gambar Bernama ?? Tun Dr Mahathir (kanan) melihat pemandanga­n Putrajaya dari atas kapal cruise Sebarau pada majlis makan tengah hari di atas cruise semalam.
— Gambar Bernama Tun Dr Mahathir (kanan) melihat pemandanga­n Putrajaya dari atas kapal cruise Sebarau pada majlis makan tengah hari di atas cruise semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia