Utusan Borneo (Sarawak)

FAMA edar 50,000 kit barangan keperluan bantu mangsa banjir

-

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) mengedarka­n 50,000 kit barangan keperluan asas sebagai inisiatif untuk membantu mangsa banjir di Terengganu dan negeri-negeri lain yang terlibat.

Pengerusin­ya Ishak Ismail berkata kit itu mengandung­i 23 barangan termasuk makanan seperti beras, sardin, bihun serta barangan keperluan asas lain.

“Kit ini sudah pun diedarkan ke negeri yang terlibat banjir dan langkah ini merupakan tindakan awal FAMA yang sama- sama terlibat dengan agensi lain untuk membantu mangsa banjir,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran Cabaran Agrobazaar Online peringkat negeri, di sini semalam.

Beliau berkata program Cabaran Agrobazaar Online itu melibatkan peserta New Breed Marketing Entreprene­ur (NBME) dan anggota kelab MyAgrosis yang terdiri daripada pelajar institut pengajian tinggi (IPT) di Pulau Pinang.

NBME adalah inisiatif FAMA dalam memberi peluang kepada graduan lepasan IPT untuk menceburka­n diri dalam bidang keusahawan­an industri asas tani melalui platform aplikasi dalam talian Agrobazaar Online ( ABO), katanya.

“Menerusi program ini, FAMA telah menjalin kerjasama dengan lima buah IPT dengan menandatan­gani ‘cerficate of coorporati­on’ (COC) bagi melahirkan usahawan baharu di peringkat lepasan IPT serta mengurangk­an kebergantu­n- gan lepasan graduan terhadap kerjaya makan gaji.

“Antara IPT yang terlibat dengan kerjasama ini termasukla­h Politeknik Seberang Perai, Politeknik Metro, UiTM Cawangan Permatang Pauh, Politeknik Balik Pulau dan Kolej Komuniti Bayan Baru yang merupakan anggota Kelab MyAgrosis yang dilihat dapat mewujudkan fenomena pewujudan pekerjaan kepada usahawan lepasan graduan,” katanya.

Beliau berkata tahun ini seramai 42,600 orang menyertai kelab MyAgrosis dan FAMA menyasarka­n penyertaan melebihi 50,000 anggota menjelang pertengaha­n tahun depan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Ishak (tiga, kanan) melakukan lawatan pada Majlis Pelancaran MyAgrosis New Breed Marketing Entreprene­ur (NBME) Peringkat Negeri Pulau Pinang di Politeknik Seberang Perai semalam.
— Gambar Bernama LAWATAN: Ishak (tiga, kanan) melakukan lawatan pada Majlis Pelancaran MyAgrosis New Breed Marketing Entreprene­ur (NBME) Peringkat Negeri Pulau Pinang di Politeknik Seberang Perai semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia