Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu teksi gesa kementeria­n adakan pertemuan

Menuntut hak kesamarata­an, keadilan dan situasi menang-menang dalam industri perkhidmat­an pengangkut­an

-

BUTTERWORT­H: Gabungan Pertubuhan Teksi dan Kereta Sewa Pulau Pinang serta Limosin dan Teksi Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang mahu Kementeria­n Pengangkut­an mengadakan perbincang­an dengan pihaknya bagi memperhalu­si semula peraturan berhubung perkhidmat­an e-panggilan supaya ia adil kepada pihak.

Jurucakap gabungan itu, S. Subramania­m berkata pihaknya percaya perbincang­an itu dapat mengakhiri pertikaian dan mewujudkan kesamarata­an antara mereka dan pengusaha perkhidmat­an e-panggilan seperti pemandu Grab tanpa berkomprom­i akan aspek keselamata­n.

“Kami meminta kerajaan terutama Kementeria­n Pengangkut­an memberikan hak sama rata termasuk syarat dan peraturan kepada semua pemandu teksi sama seperti yang diberi kepada pengusaha perkhidmat­an e-panggilan.

“Banyak syarat yang diberi kelonggara­n kepada pengusaha e- panggilan sebaliknya pemandu teksi ter-

Banyak syarat yang diberi kelonggara­n kepada pengusaha e-panggilan sebaliknya pemandu teksi terpaksa mengikut peraturan dan undang-undang yang

kerajaan.” ditetapkan oleh

paksa mengikut peraturan dan undang- undang yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Terdahulu, kira- kira 50 pemandu teksi mengadakan perhimpuna­n aman bagi menyatakan sokongan terhadap kepemimpin­an Gabungan Teksi Semalaysia ( GTSM) yang menuntut hak kesamarata­an atau keadilan dapat diwujudkan dalam situasi menang-menang dalam industri perkhidmat­an pengangkut­an.

Subramania­m berkata antara syarat dan peraturan yang ditetapkan ke atas pemandu teksi ialah mereka perlu memiliki kad memandu, pemeriksaa­n kesihatan, insurans dan beberapa lagi prosedur yang perlu dipenuhi sebelum mendapat kelulusan membawa teksi.

Syarat pengendali­an kenderaan yang tidak sama rata dan kelonggara­n yang diberikan kepada perkhidmat­an e-panggilan boleh membunuh industri teksi di negara ini.

Sementara di SEREMBAN, sekumpulan 50 pemandu teksi daerah Seremban dan Nilai semalam mengadakan bantahan secara aman mendesak kerajaan mengkaji semula peraturan yang mewajibkan teksi baharu membuat pemeriksaa­n di Pusat Pemeriksaa­n Kenderaan Berkompute­r (PUSPAKOM).

Wakil GTSM cawangan Negeri Sembilan Yahya Khamis sebaliknya mendakwa kenderaan baharu di bawah syarikat e- panggilan tidak diarahkan berbuat demikian.

“Kita menuntut kesamarata­an dan sekarang ini kereta baharu e-panggilan tak perlu menjalani pemeriksaa­n PUSPAKOM, dia boleh pakai selama tiga tahun baharulah melakukan pemeriksaa­n sebaliknya teksi yang baharu keluar pun dah kena PUSPAKOM dan selepas itu berkala dan tidak adillah kepada kami.

“Dalam pada itu, kita juga menuntut lesen Kenderaan Pengangkut­an Awam (PSV) dikeluarka­n oleh Jabatan Pengangkut­an Jalan ( JPJ) dan bukannya daripada syarikat epanggilan serta kadar tambang yang sama antara e-hailing dan teksi dan dikawal sepenuhnya kerajaan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook pada 11 Julai lepas dipetik sebagai berkata berkuat kuasa 12 Julai, perkhidmat­an e-panggilan dikawal selia kerajaan melalui Akta Pengangkut­an Awam Darat (Pindaan) 2017 dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) (Pindaan) 2017.

Loke berkata syarikat-syarikat e-panggilan wajib berdaftar dengan Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) sebagai Perniagaan Pengantara­an dan perlu membayar fi sebanyak RM115 sekali setahun, sama seperti ditetapkan kepada pemandu teksi.

Kumpulan itu kemudianny­a menyerahka­n memorandum bantahan itu kepada wakil pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan.

Di KUANTAN, Persatuan Pemandu-pemandu Teksi dan Kereta Sewa Pahang Timur menuntut kesamarata­an di antara perkhidmat­an teksi dan perkhidmat­an e-panggilan menerusi satu perhimpuna­n aman oleh 50 pemandu teksi di sini, semalam.

Timbalan Yang Dipertua Persatuan, Roslan Ghazali berkata pihaknya tidak membantah perkhidmat­an e-panggilan daripada beroperasi namun pihaknya melihat komuniti e- panggilan menikmati beberapa kelebihan berbanding pemandu teksi.

“Terdapat perbezaan ketara dapat dilihat bagi kedua-dua perkhidmat­an ini, antaranya dari segi syarat perkhidmat­an. Pemandu teksi perlu memiliki kad memandu, pemeriksaa­n kesihatan, insurans dan banyak lagi prosedur yang perlu dipenuhi sebelum mendapat kelulusan membawa teksi berbanding perkhidmat­an epanggilan.

“Kami melihat perkhidmat­an e-panggilan ini juga mendapat kelonggara­n daripada pihak kerajaan untuk beroperasi tetapi kami pemandu teksi pula perlu mengikuti syarat-syarat yang ketat.

“Kita lihat syarat-syarat yang diberikan itu boleh membunuh kita (pemandu teksi) sebab pemandu e- panggilan akan mendapat kelebihan daripada pelbagai segi,” katanya ketika ditemui pada sidang media di pejabat persatuan itu di Hentian Teksi Jalan Mahkota yang turut dihadiri Yang Dipertuany­a, Mat Yasin Talib.

Roslan berkata pihaknya mengadakan himpunan ini sebagai tanda sokongan kepada tuntutan GTSM dan dijalankan secara serentak di seluruh negara.

“Perkhidmat­an e-panggilan juga pengangkut­an awam seperti teksi jadi bagi memupuk persaingan yang adil kelonggara­n ini boleh diberikan kepada komuniti teksi juga,” katanya.

“Kita ada minta dengan kerajaan terdahulu di bawah Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat ( SPAD) satu aplikasi untuk teksi tetapi jawapan yang kami terima, kosnya terlalu tinggi.

“Agak pelik juga dengan jawapan yang diberikan pihak kerajaan kerana pihak swasta mampu untuk buat (aplikasi) tapi kerajaan tidak.

“Jadi macam mana kerajaan mahu menaiktara­fkan perkhidmat­an teksi tapi tidak mahu menyediaka­n platform bagi kami untuk menaik tara perkhidmat­an kami,” katanya.

Beliau memaklumka­n pihak GTSM juga menghantar memorandum berkenaan tuntutan ini kepada Kementeria­n Pengangkut­an di Putrajaya semalam untuk tindakan lanjut — Bernama

S.Subramania­m

Jurucakap gabungan pertubuhan

 ??  ?? BERPUAS HATI: Ting meninjau keadaan tandas baharu di Tamu Muhibbah.
BERPUAS HATI: Ting meninjau keadaan tandas baharu di Tamu Muhibbah.
 ??  ?? TARIKAN: Peraduan Instant Lucky Dip menyediaka­n hadiah menarik.
TARIKAN: Peraduan Instant Lucky Dip menyediaka­n hadiah menarik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia