Utusan Borneo (Sarawak)

Pemberhent­ian pekerja kilang simen ikut prosedur

-

Pemberhent­ian sembilan pekerja sebuah kilang simen di Chemor, di sin dibuat mengikut peraturan dan prosedur sewajarnya kata Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia Perak, A Sivanesan.

Beliau berkata, pengurusan kilang itu telah memberi satu bulan notis pemberhent­ian pada 15 November lepas dan sedia membayar pampasan mengikut Akta Kerja 1955 kepada yang telah bekerja lebih lima tahun berdasarka­n syarat ditetapkan.

“Pada surat pemberhent­ian, majikan menyatakan alasan pemberhent­ian adalah disebabkan yang pertama mahu mengurangk­an kos kedua akibat penurunan projek dan ketiga kerana automasi sebahagian syarikat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pekerja terlibat pengurusan kilang, Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Perhubunga­n Perusahaan Malaysia (JPPM) di kilang berkenaan di sini, semalam.

Menjelas lanjut, Sivanesan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang berkata walaupun memberhent­ikan pekerja adalah hak majikan, namun terdapat beberapa langkah lain boleh dipertimba­ng termasuk mengurangk­an shif atau memberhent­ikan pemberian bonus.

Bersimpati dengan nasib pekerja terbabit, Sivanesan menyaranka­n semua mereka yang berumur antara 31 hingga 54 tahun membuat aduan kepada JPPM mengikut Akta Perhubunga­n Perusahaan 1967.

“Jabatan itu akan mengadakan satu mesyuarat pendamaian dan jika gaga menyelesai­kan di peringkat itu maka kes ini akan dirujuk kepada Kementeria­n Sumber Manusia sebelum dibawa ke Mahkamah Perusahaan,” katanya.

Menurut Sivanesan pada Jun lepas, enam pekerja telah diberhenti­kan dan beberapa kes telah dirujuk kepada Kementeria­n Sumber Manusia.

Kilang yang dibina 1964 itu, kini mempunyai 149 pekerja dan kesemua sembilan pekerja yang diberhenti­kan telah bekerja antara tiga hingga 23 tahun — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia