Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu terus merindui Muhammad Adib

-

Kehidupan Asma Aziz dihimpit kesedihan ketara dan terus meratapi kehilangan Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, di mana beliau kini kerap termenung dan sesekali mengalirka­n air mata apabila mengenangk­an anaknya itu yang meninggal dunia Ahad.

Ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah dekat sini semalam, wanita berusia 51 tahun itu tidak banyak bercakap dan sesekali kelihatan matanya ‘berkaca’ lalu mengesatka­n air mata tanda sebak.

Asma berkata, dia juga tidak boleh tidur kelmarin, kerana terlalu merindui Muhammad Adib yang sememangny­a rapat dengannya serta suami Mohd Kassim Abd Hamid, 63 tahun.

“Ini pun makcik tak sentuh lagi makanan. Hanya minum sahaja (selepas Muhammad Adib meninggal dunia). Tidak ada selera makan...FB (viral tentang kisah anaknya dalam Facebook) tidak boleh tengok. Ada orang nak tunjuk FB kepada makcik pun, makcik tak boleh tengok,” katanya.

Katanya, dia tidak menyangka Muhammad Adib yang juga anak kedua daripada empat beradik itu akan pergi meninggalk­an mereka sekeluarga secepat itu dan tidak menunjukka­n sebarang tanda ketika Allahyarha­m pulang ke kampung baru-baru ini.

“Biasa sahaja dia. Tak ada yang pelik. Banyak sembang tentang persiapan kahwin sahaja, lembu untuk kenduri pun sudah ada. Masa dia bertugas waktu itu (semasa rusuhan), dia baharu naik kerja dua hari selepas cuti seminggu di kampung.

“Sewaktu dia balik bercuti itu, dia ada bawa balik kereta baharu dia (Perodua Myvi) beli untuk tinggalkan di kampung bagi ayah dia naik tetapi ayah dia cakap dekat dia, tidak payah tinggallah. Ayah naik kereta ayah sahaja. Tetapi dia tinggal juga kereta, dia balik semula bekerja naik kereta dengan tunang dia ketika itu, sekarang kereta itu ada di rumah ini,” katanya.

Asma berkata, beliau juga mahu melihat wajah individu yang didakwa memukul Muhammad Adib dan menyebabka­n kecederaan parah kepada anaknya ketika rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya pada 27 November lepas.

Katanya, apa yang dilakukan ke atas anaknya adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan dan mahu mereka yang terlibat dibawa ke muka pengadilan dan dijatuhi hukuman setimpal.

Menceritak­an mengenai Muhammad Adib lagi, Asma menyifatka­n Allahyarha­m sebagai seorang anak yang baik dan patuh kepada ibu bapa dan sentiasa mendapatka­n pandangan daripada keduadua mereka mengenai sesuatu perkara.

Katanya, Muhammad Adib juga kerap mengambil cuti ketika musim menanam padi dan pulang ke kampung untuk membantu bapanya membuat kerja di sawah. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia